Quantcast

BERITA

Vietnam Susun Strategi Buru Ranking Top 100 Dunia Dan Layak Ke Piala Asia 2019

Jurulatih baru skuad kebangsaan Vietnam dari Korea Selatan, Park Hang Seo mula menyusun strategi untuk menempatkan pasukan Vietnam dalam kedudukan ranking FIFA top 100 dunia dan membawa Vietnam layak ke Piala Asia 2019 secara merit.

Bekas pembantu Guus Hiddink ketika berkhidmat dengan skuad kebangsaan Korea Selatan itu pernah membawa pasukan negaranya layak ke separuh akhir Piala Dunia 2002. Dibawah bimbingannya, pasukan Vietnam mencatat kemenangan 5-0 ke atas Kemboja selasa lepas lalu mencerahkan peluang untuk layak ke Piala Asia 2019.

Gambar kredit : ESPN FC

Vietnam kini menduduki ranking 130 dunia tetapi Park percaya sasaran 100 teratas dunia mampu dicapai. Vietnam kini berada di atas Thailand (137 dunia), Singapore (162 dunia) dan Malaysia (164 dunia) dan kedudukan itu semakin meningkat untuk menghampiri Filipina (123 dunia) dan India (107 dunia).

“Saya masih dalam proses untuk mengenali pemain Vietnam dan saya belum dapat apa-apa maklumat mengenai mereka,” kata Park kepada Vietnam News.

“Walaubagaimanapun, selepas melihat aksi mereka menentang Kemboja, saya dapat simpulkan ada beberapa persamaan dengan corak permainan yang saya mahukan”

Park menandatangani kontrak selaku jurulatih baru Vietnam selama 2 tahun dan antara tugasan yang menanti beliau ialah kejohanan AFF Suzuki Cup tahun depan dan Piala Asia 2019 jika Vietnam menang ke atas pasukan Afghanistan bulan depan.

Gambar kredit : VFF Official Facebook

Jurulatih yang berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak merancang untuk melakukan rombakan besar-besaran bulan depan dan beliau hanya fokus pada pemain yang sedia ada.

“Saya tidak ada banyak masa untuk melakukan rombakan. Saya akan pilih pemain berdasarkan senarai pemain yang ada ”

“Di bawah bimbingan saya, corak permainan Vietnam akan mengabungkan kekuatan pemain dan taktikal baru yang mereka akan belajar dari saya. Saya percaya sangat penting untuk kita perbaiki corak latihan dan asah bakat pemain muda,” katanya.

Park juga akan mengambil alih tugas jurulatih pasukan bawah 23 tahun Vietnam daripada jurulatih terdahulu, Nguyen Huru Thang serta membawa masuk beberapa pemain muda berbakat.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!