Vietnam Raih Hak Penyiaran Liga Tertinggi Bernilai RM12 Juta Setahun

Saingan tertinggi bola sepak Vietnam, V.League meraih perjanjian hak penyiaran yang tertinggi dalam sejarah mereka.

Menurut laporan ASEAN Football, saingan bola sepak Vietnam akan memperoleh perjanjian hak penyiaran berjumlah $2.5 juta bersamaan RM12 juta.

Jumlah tersebut pastinya akan melonjakkan nilai komersial bola sepak Vietnam itu selepas memperoleh perjanjian hak penyiaran dengan nilai yang cukup signifikan.

Hal ini kerana, jumlah tinggi itu sebenarnya adalah 20 kali lebih hebat daripada apa yang V.League peroleh untuk musim 2022.

Perjanjian yang diperoleh V.League ini adalah untuk empat musim sehingga tahun 2027 bermula pada tahun hadapan.

Ianya melibatkan pihak V.League sendiri yang dikendalikan oleh Vietnam Professional Football Joint Stock Company (VPF) dengan gergasi media negara itu iaitu FPT.

Dalam perjanjian itu, jumlah $2.5 juta itu akan diberikan secara tahunan dengan melangkaui empat tahun.

Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan perjanjian adalah $10 juta atau RM47 juta!

Perjanjian ini pastinya akan menaikkan nilai bola sepak Vietnam dengan tidak terkejut jika selepas ini bola sepak mereka akan dapat diakses di beberapa negara lain.

Jika perjanjian ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan, tidak terkejut hak penyiaran bola sepak Vietnam akan menjadi rebutan selepas perjanjian VPF dengan FPT berakhir.

Perkembangan ini pastinya akan memberikan impak positif kepada bola sepak ASEAN dengan liga-liga lain juga mahu meningkatkan taraf saingan domestika masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN