Vietnam Jual Tiket Perlawanan Akhir Piala AFF Secara ‘Online’, Tiada Jualan Fizikal

Isu jualan tiket berulang lagi. Setiap kali tiba perlawanan penting seperti perlawanan akhir, permintaan terhadap tiket perlawanan sentiasa tinggi dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak dari dahulu lagi masih belum mempunyai kaedah yang terbaik bagi memperkemaskan sistem penjualan tiket.

Lebih 6000 penyokong bola sepak tempatan didapati telah berkampung di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil sejak semalam semata-mata ingin membeli tiket perlawanan akhir Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam selasa ini.

Sudah banyak kali insiden penyokong pengsan akibat dirempuh oleh lautan manusia yang berebut membeli tiket perlawanan. Bayangkan keadaannya seperti pelarian perang yang sedang kelaparan datang beramai-ramai untuk merebut makanan.

Layakkah penyokong bolasepak tempatan dilayan sebegini?

Beberapa penyokong didapati pengsan akibat sesak nafas selepas ‘bermalam’ di depan kaunter tiket sejak semalam.
Vietnam amalkan penjualan tiket secara online 100%

Semalam seorang wartawan dari Vietnam, Tran Van Trung melakukan tinjauan di kawasan sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau terkejut dan tidak menyangka penyokong Malaysia begitu fanatik dan dianggap “gila” kerana sanggup tidur di depan kaunter tiket.

Berdasarkan tinjauan daripada perkongsian di media sosial para penyokong tiba sejak pukul 8.00 malam dengan membawa makanan, minuman dan juga khemah bagi menunggu kaunter yang dijadualkan dibuka pada jam 10 pagi, hari ini.

Mengulas mengenai situasi itu, Tran Van Trung menyifatkan penyokong Malaysia lebih gila daripada penyokong negaranya dan beliau tidak pernah melihat fenomena seperti itu.

“Saya tak pernah lihat (suasana) ini, orang ramai beratur sejak tengah malam, beberapa jam sebelum daripada kaunter dibuka.

“Ini lebih gila daripada penyokong Vietnam! Saya harap kesemua mereka yang beratur berjaya membeli tiket seterusnya dapat menyaksikan perlawanan yang hebat di Bukit Jalil.” katanya melalui Fox Sports.

Malah, beliau turut menjelaskan Vietnam telah melaksanakan sistem jualan dalam talian sepenuhnya jika pasukan mereka berjaya memasuki peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir.

Hal ini kerana mereka sedar permintaan terhadap tiket pasti tinggi jika melibat perlawanan yang penting.

“Di Vietnam, kami hanya menjual tiket secara fizikal semasa peringkat kumpulan. Bagi aksi separuh akhir dan perlawanan akhir, semua tiket dijual secara online.” jelasnya.

Hari ini FAM telah mengumumkan sebanyak 80,000 keping tiket telah habis dijual termasuk tiket daripada jualan dalam talian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN