Vietnam Dapat Galakan, Terima ‘Sagu Hati’ Hampir RM1,000 Setiap Seorang

Vietnam terima habuan galakan tahun baharu

Menjelang aksi terakhir berdepan Myanmar, pasukan Vietnam dilihat menerima galakan terbaik apabila dihadiahkan VND5 juta (RM931.88) setiap seorang oleh Presiden Vietnam Football Federation (VFF).

Sempena tahun baharu 2023, sesi latihan skuad Naga Emas telah dihadiri oleh Presiden VFF, Tran Quoc Tuan disamping turut membawa sagu hati.

Sagu hati ini dilihat mampu menjana semula semangat mereka yang mungkin sedikit merosot selepas terikat tanpa gol menentang Singapura.

Selain itu, ini merupakan hadiah terbaik buat pasukan untuk menyambut tahun baharu. Setiap anggota pasukan dilihat menerima sampul ‘tuah’.

Ia dipanggil sampul ‘tuah’ dikalangan media Vietnam disebabkan duit itu diberikan di dalam sampul dan disampaikan ketika sambutan tahun baharu.

Nguyen Quang Hai sampul tuah sagu hati Piala AFF 2022
Bintang sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai terima ‘sagu hati’ tahun baharu. FOTO: Zing News
Park Hang-seo terima sampul tuah Piala AFF 2022
Pengendali, Park Hang-seo pun ada habuannya. FOTO: Zing News

Tindakan ini mungkin sebahagian daripada usaha VFF bagi menaikkan semangat pasukan untuk mengharungi baki saingan Piala AFF 2022.

Perlawanan menentang Myanmar adalah yang terakhir untuk peringkat kumpulan dan ketika ini mereka berpeluang mara ke separuh akhir.

Mereka hanya perlu merekodkan kemenangan ke atas Myanmar, yang sudah pun tersingkir. Tentunya ini tugasan mudah buat Park Hang-seo.

Di saat Malaysia membuat perhitungan ‘tiket’ ke separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menentang Singapura, mereka hanya perlu berdepan pasukan yang sudah pun tersingkir daripada kejohanan.

Pihak media Vietnam juga memantau keadaan Doan Van Hau ketika sesi latihan selepas apabila kritikan diterimanya selepas berdepan Malaysia.

Jika sebelum ini beliau dilihat muram, dalam sesi latihan di tahun baharu ini, beliau dilihat bersemangat, tambahan pula baru sahaja merima sagu hati.

Kehilangannya apabila direhatkan dirasai oleh Vietnam dalam aksi berdepan Singapura terutamanya ketika menjana asakan ke ‘defensive third’ lawan.

Penggantinya, Nguyen Phong Hong Duy dilihat gagal memberikan impak seperti mana yang diberikan Van Hau selama ini. Beliau dilihat tidak konsisten dari segi kedudukannya – sukarkan mereka untuk menyerang.

Skuad Vietnam tidak pernah lari daripada habuan yang sentiasa diterima daripada VFF. Antara yang terbaru adalah ketika menewaskan China dalam perlawanan di pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia 2022, Februari lalu.

Skuad kebangsaan Vietnam menerima bonus sebanyak RM667,000 atas kejayaan tersebut waima sudah pun tersingkir daripada kempen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN