Patrick Vieira pastinya membuat Wenger panas hati apabila beliau meminta Wenger menyerap taktik Jose Mourinho. Permusuhan di antara Wenger dan Mourinho sememangnya sudah diketahui umum.
Vieira menyatakan yang beliau lebih suka melihat taktikal Mourinho di Manchester United. Ianya selepas Arsenal tewas 2 kali dalam 3 perlawanan pertama EPL.
Arsenal menang 4-3 ke atas Leicester City pada hari pembukaan, namun Vieira tetap tidak gembira dengan corak permainan Arsenal yang tidak cukup agresif ketika bertahan.
“Mereka perlu bermain lebih fizikal di dalam padang!”
“Saya tahu, taktikal bola sepak menyerang adalah perkara yang seronok ditonton. Tetapi, Arsenal perlu lebih berdisiplin ketika bertahan.”
“Adakah saya mahu pasukan saya bermain seperti pasuka Arsene atau Jose? Saya mahukan kedua-duanya sekali supaya ia seimbang.”
“Saya mahu pasukan saya berdisiplin ketika bertahan seperti pasukan Jose Mourinho. Pada masa yang sama saya mahu pemain bebas menunjukkan kemampuan mereka seperti pasukan Arsene.”
“Arsenal adalah pasukan yang sentiasa memberikan kebebasan kepada pemain untuk bermain. Tetapi pada masa yang sama, adalah lebih baik mereka juga menghormati taktikal yang telah ditetapkan oleh pengurus dalam perlawanan.”
“Saya pernah bekerjasama dengan Jose di Inter. Beliau seorang yang sangat fokus dan terperinci. Beliau memberikan arahan yang lengkap sehingga pemain faham. Ini supaya pemain menghormati corak taktikal yang telah ditetapkan.”
“Wenger pula, pengurus yang sentiasa positif dan sentiasa memberikan dorongan supaya pemain beliau lebih yakin dalam apa jua keadaan.”
Anda pasti masih ingat bagaimana Jose Mourinho dengan terbuka mengkritik Luke Shaw musim lalu ketika pemain itu tidak mengikuti arahan taktikal beliau.
Vieira menambah lagi:
“Fabio Capello pula jenis yang sangat tegas dengan pemain. Roberto Mancini sanggup bekerja untuk taktik sahaja (di padang latihan) untuk sejam setengah. Sebab beliau sangat pentingkan taktik.”
“Jika anda menonton perlawanan Arsenal, mereka memang seronok ditonton kerana bola sepak yang cantik. Tetapi itu tak cukup untuk memenangi perlawanan dan kejuaraan.”
“Zaman kami dahulu, ketika kami menjuarai liga, kami adalah pasukan yang mampu menang dengan 1-0.”
“Saya tidak mahu membandingkan generasi kami dengan yang hari ini. Saya tak kata yang kami lebih baik. Ia tidak masuk akal untuk membandingkan 2 generasi di era berbeza.”
“Namun, satu perkara yang jelas, pasukan kami dahulu leboh fizikal daripada generasi Arsenal yang penuh dengan pemain berbakat hari ini.”
“Arsenal perlu membentuk keseimbangan itu.”
Ditanya sama ada Arsenal pada hari ini tidak ada pemimipin di dalam padang seperti mana era Vieira-Adams satu ketika dahulu. Beliau menjawab:
“Jangan beralasan, saya tak nak dengar anda cakap dengan saya, kita tidak ada pemimipin di dalam padang. Jangan beritahu saya Mesut bukan pemipin, Alexis bukan pemimpin, Petr Cech bukan pemimimpin.”
“Setiap pemimpin itu ada karakter dan cara mereka sendiri. Ada pemimpin yang teknikal, ada yang jenis vokal, ada pula yang jenis tidak bercakap tetapi dia menunjukkannya dengan karakter dan keinginan untuk bertarung di dalam padang.”
“Saya jenis yang tidak vokal berbanding dengan Tony Adams. Tetapi saya tunjukkannya dengan bertarung di dalam padang.”
“Ada juga pemimpin yang tiba-tiba mahu mengambil penalti pada minit ke-95 walaupun ia sepatutnya tugas pemain lain. Itu pun salah satu karakter seorang pemimpin.”
“Ada pemimpin yang mampu mencabar pasukan mereka untuk menang!”