Video: Wan Kuzain Jaringkan Gol Sulung Bantu Sporting Kansas City Belasah Minnesota

Anak Malaysia yang bermain dalam Francais bola sepak perdana Amerika Syarikat, Major League Soccer iaitu Wan Kuzain Wan Kamal mencipta sejarah menjaringkan gol sulung beliau bersama pasukan Kansas City.

Sporting Kansas City menangng 4-1 ke atas Minnesota di Children’s Mercy Park. Wan Kuzain menjaringkan gol kedua pasukan mereka hasil umpanan ‘cut back’ daripada Graham Zusi.

Wan Kuzain, pemain yang berusia 19 tahun itu teruja dan tidak menyangka beliau akan dapat menjaringkan gol.

Beliau kini menjadi penjaring kedua termuda untuk Sporting Kansas City dalam sejarah MLS di belakang Soony Saad. Soony melakukannya pada hari jadi beliau ke-19.

Jaringan sulung Wan Kuzain itu hadir pada minit ke-35. Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, beliau berkata:

“Saya hanya mahu memberikan impak positif. Peter Vermes sentiasa meyakinkan saya yang saya mampu melakukannya dan saya berada dalam keyakinan tinggi buat masa ini.”

“Beliau berkata, saya akan menjaringkan gol, dan saya benar-benar melakukannya. Ia detik indah. Saya melihat Zusi bergerak menghampiri garisan (byline) dan saya melihat Daniel Salloi turut melakukan larian.”

“Saya mahu terlibat di dalam kotak penalti, untuk mengambil kesempatan pada sebarang kumungkinan bola ada di situ.”

“Saya melakukan sentuhan yang sangat baik dan ianya masuk.”

Wan Kuzain masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama selepas Yohan Croizet mengalami kecederaan. Beliau melakukan debut pada lewar perlawanan menentang Colombus minggu lalu.

Peter Vermes sangat gembira dengan Wan Kuzain.

“Kuzain, kami sudah meligat potensi anak muda ini. Dia bermain dalam 2 perlawanan berturut-turut dan bukan sahaja mendapat minit perlawanan tetapi ada keyakinan untuk bermain dalam peringkat setinggi ini pada usia 19 tahun.”

Jom saksikan detik jaringan itu terhasil.

Tahniah kepada Wan Kuzain. Satu permulaan yang sangat baik dalam MLS. Semoga terus membangun menjadi bakat yang hebat di arena bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN