Virgil Van Dijk mengalami detik sukar selepas melakukan penampilan di perlawanan persahabatan pra musim untuk Liverpool menentang Hertha Berlin pada awal pagi tadi.
Pemain pertahaan Belanda itu gagal mengekang larian bekas penyerang Manchester City, Stevan Jovetic sehingga “tunggang terbalik” yang menjadi punca gol keempat kelab Jerman itu dalam perlawanan ini.
Liverpool tewas perlawanan tersebut dengan jaringan 4-3 selepas menang 1-0 ke atas Mainz enam hari lalu.
Not the result, but plenty of positives to take from another great workout in Austria for the Reds.
— Liverpool FC (@LFC) July 29, 2021
Dalam perlawanan kedua pra musim, Hertha Berlin berada di hadapan pada minit ke-21 perlawanan melalui jaringan Santiago Ascacibar sebelum Suat Sedar menjadikan kedudukan 2-0 sepuluh minit kemudian.
Liverpool kembali bangkit selepas itu melalui jaringan Sadio Mane dan Takumi Minamino untuk kedua-dua pasukan terikat 2-2 selesai babak pertama perlawanan.
Babak kedua perlawanan Jovetic menunjukkan kemampuannya dengan menghasilkan dua gol. Kedudukan sudah pun menjadi 3-2 pada ketika Van Dijk dimasukkan menggantikan Nathaniel Philips pada minit ke-69.
Satu lagi gol Liverpool diajringkan oleh Alex Oxlade-Chamberlain pada minit akhir perlawanan.
Van Dijk might be finished ya know 😭 https://t.co/ZUlCEO8Yn4
— Martial FC 🇫🇷 (@MartialCF9) July 29, 2021
Sebelum perlawanan menentang Hertha Berlin, Van Dijk sudah tidak beraksi selama sembilan bulan setelah mengalami kecederaan ACL pada awal musim lalu dalam perlawanan menentang Everton.
Selain daripada kegagalan mengekang Jovetic, pemain yang dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia itu dianggap telah menampilkan aksi yang memuaskan sepanjang 20 minit penampilan.
Pelbagai reaksi diterima di media sosial mengenai penampilan Van Dijk dalam perlawanan ini – setelah apa yang dilalui pemain itu sebelum ini.
285 days ago, I started on a journey back towards playing. It’s hard to express how I am feeling, but it’s important to me that I say I feel blessed to have had the support of so many incredible people. The surgeon, my physios, coaches and staff who have been with me in my 1/2 pic.twitter.com/jdWKUHykDI
— Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) July 29, 2021
Van Dijk kini mempunyai tiga lagi perlawanan pra musim untuk dhadapi bagi memastikan dirinya cergas sepenuhnya menjelang bermulanya musim baharu Premier League pada 14 Ogos akan datang.
Kehilangan Van Dijk akibat kecederaan dipercayai menjadi punca utama kemerosotan prestasi Liverpool pada musim lalu.
Kembalinya Van Dijk ke pangkuan skuad Jurgen Klopp, Liverpool pasti mahu merampas kembali trofi Premier League yang dimenangi oleh Manchester City pada musim lalu.