VIDEO: Usain Bolt Jaring Gol Pertama Untuk Kelab Profesional Liga Australia

Usain Bolt menjaringkan gol pertama untuk sebuah kelab bola sepak profesional, dan dua gol secara keseluruhan untuk Central Coast Mariners dalam perlawanan persahabatan.

Pemenang pingat emas lapan kali dalam acara pecut itu menjaringkan gol ketiga dan keempat dalam kemenangan 4-0 menentang Macarthyr South West, dan meraikan jaringan tersebut dengan keraian sinonim ‘thunder bolt’ seperti ketika bergelar pelari pecut.

Bolt menyertai pasukan A-League itu tanpa sebarang had tempoh untuk latihan.

SYDNEY, AUSTRALIA – OCTOBER 12: Usain Bolt of the Mariners is challenged by Tom Whiteside of Macarthur South West United during the pre-season friendly match between the Central Coast Mariners and Macarthur South West United at Campbelltown Sports Stadium on October 12, 2018 in Sydney, Australia. (Photo by Matt King/Getty Images)

“Ia permulaan pertama saya dan telah berjaya menjaringkan dua gol. Perasaan itu luar biasa sekali,” ujar Bolt yang kini berusia 32 tahun.

“Saya gembira berada di sini dan membuktikan kepada dunia peningkatan yang telah dilakukan. Saya yakin akan menyertai Mariner secara rasmi. Saya akan terus beraksi sebaik mungkin dan berusaha untuk berada di dalam kesebelasan utama,” ujar Bolt lagi.

Untuk gol pertama, Bolt berlari untuk menyambut hantaran dari pemain dari Scotland, Ross McCormack, sebelum berjaya melepasi halangan seorang pemain pertahanan dan merembat rendah menewaskan penjaga gol lawan.

Manakala untuk gol kedua, Bolt menyempurnakan peluang yang terhidang selepas kekeliruan di benteng pertahanan lawan dengan menolak mudah bola ke dalam gawang yang kosong dari jarak dekat.

SYDNEY, AUSTRALIA – OCTOBER 12: Usain Bolt of the Mariners heads the ball towards goal during the pre-season friendly match between the Central Coast Mariners and Macarthur South West United at Campbelltown Sports Stadium on October 12, 2018 in Sydney, Australia. (Photo by Matt King/Getty Images)

McCormark yang merupakan pemain pinjaman dari Aston Villa meletakkan Mariner di hadapan selepas lapan minit.

“Perkara yang paling saya gemari mengenai Usain Bolt ialah beliau sangat merendahkan diri,” ujar McCormack.

“Beliau boleh bergaul dengan pemain lain tanpa masalah. Sejak hari pertama menyertai kami, Bolt menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan,” ujar beliau lagi.

Pelari pecut 100m dan 200m itu sebelum ini pernah menyertai latihan bersama Borussia Dortmung sebelum menyertai Sundowns di Afrika Selatan dan Stromgodset di Norway demi mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak.

Cita-cita untuk bergelar pemain bola sepak profesional tidak pernah padam buat Bolt sejak bersara sebagai pelari pecut pada 2017.

Dengan aksi sebegini, siapa tahu impian beliau semakin hampir untuk tercapai.

Saksikan dua gol Usain Bolt untuk Mariner melalui pautan di bawah.


Gol pertama Usain Bolt.


Gol kedua Usain Bolt.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN