Melalui video yang tular di media sosial, Ultras AC Milan kelihatan menampar atau lempang penyokong kelab itu yang bertindak menceroboh kawasan padang selepas tamat perlawanan pada hujung minggu lalu.
Milan sah bergelar juara Serie A musim 2021/2022 selepas kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo di Stadium Mapei.
Kejuaraan tersebut turut menamatkan penantian Milan untuk gelaran Scudetto selepas kali terakhir berjaya melakukannya pada musim 2010/2011.
https://twitter.com/HooligansTV_eu/status/1528813165034844162
Tindakan segelintir penyokong Milab menyerbu masuk ke padang untuk meraikan kejuaraan tersebut menyebabkan majlis penyampaian medal dan penyerahan trofi tertangguh.
Perkara itu menyebabkan Ultras Milan tidak senang dan berang dengan tindakan penyokong-penyokong yang tidak matang dan teriku-ikut insiden yang berlaku di dalam bola sepak Inggeris sejak beberapa minggu lalu.
Milan mengakhiri saingan Serie A pada musim ini dengan 86 mata, sekaligus menafikan cabaran pencabar terdekat, Inter Milan yang hanya mampu meraih maksimum 84 mata.
Kemenangan bergaya
Skuad kendalian Stafano Pioli tiba dalam perlawanan ini dan sedar satu mata sudah memadai untuk memastikan mereka menamatkan musim mengatasi pesaing terdekat yang juga seteru setempat iaitu Inter.
Selepas Giroud meletakkan Milan di hadapan pada minit ke-17 perlawanan, mereka tidak pernah ragu kejuaraan liga ke-19 dalam sejarah kelab bakal milik mereka.
🏆 SIAMO NOI, SIAMO NOI, I CAMPIONI DELL'ITALIA SIAMO NOI! 🇮🇹 🏆#SassuoloMilan #SempreMilan#AlwaysWithYou pic.twitter.com/4tEngKpDzR
— AC Milan (@acmilan) May 22, 2022
Giroud menambah jaringan kedua pada minit ke-32 perlawanan selepas usaha baik daripada Rafael Leao, untuk memastikan Milan berada di landasan tepat menjulang trofi kejuaraan.
Tiada apa yang boleh menghalang usaha Milan selepas Kessie menjadikan kedudukan 3-0 empat minit kemudian, sekali gus mematikan cabaran lawan seawal babak pertama perlawanan.
Medal Pioli hilang
Kejayaan Milan menamatkan kejuaraan selepas 11 tahun itu bagaimana pun sedikit direncatkan oleh insiden Pioli kehilangan pingatnya yang didakwa dicuri.
“Mereka merentap medal daripada saya. Jika ada yang boleh membuat rayuan, saya ucapkan terima kasih.
“Ia [medal] adalah satu-satunya yang saya pernah ada,” ujar jurulatih itu kepada La Repubblica.
Kemenangan Milan bermakna usaha terakhir Inter yang menewaskan Sampdoria juga dengan jaringan 3-0 dalam satu lagi perlawanan hanya sekadar pelengkap jadual musim ini.