Gianluigi Buffon telah pun berusia 40 tahun pada 28 Januari 2018. Penjaga gol legenda ini masih berada di tahap tertinggi dalam karier beliau.
Tak ramai penjaga gol menjadi no.1 di kelab besar dan juga pasukan kebangsaan pada usia beliau.
Buffon masih kekal menjadi no.1 di Itali sehinggalah beliau mengumumkan persaraan beliau selepas kegagalan Itali ke Piala Dunia pada pusingan kelayakan beberapa bulan lalu.
Pada hari jadi beliau, Buffon sudah merekodkan 175 penampilan antarabangsa, 156 penampilan dalam pertandingan kelab UEFA serta 702 pebampilan di peringkat domestik.
Antara kejayaan besar dalam karier beliau adalah membantu Itali Juara Piala Dunia 2006.
UEFA dalam satu video khas mereka telah memberikan penghargaan kepada Gianluigi Buffon dengan montaj ini:
"The best goalkeeper in the history of the game." 🙌
Wish Juventus & #UCL legend Gianluigi Buffon a happy 40th birthday! 🎉🎉🎉 pic.twitter.com/2tvh88ahMv
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) January 28, 2018
Buffon sememangnya legenda sejati di Juventus dan Itali. Beliau kekal bersama Juventus dan menerima pemotongan gaji ketika kelab tersebut disingkirkan ke Serie B selepas skandal Calciopolli.
Buffon bersama-sama dengan kelab untuk membina semula Juventus sehinggalah mereka menjadi kuasa dominan di Itali sekali lagi.