Video: Ucapan Selamat Tinggal Bastian Schweinsteiger Kepada Penyokong Manchester United

Bastian Schweinsteiger sah akan ke Amerika Syarikat menyertai Chicago Fire.

Dalam video bedurasi 47 saat di twitter, lagenda Jerman itu mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United.

Pada Januari lalu, Mourinho mengarahkan beliau mencari kelab baru. Namun Bastian memilih untuk kekal dan cuba berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Beliau berkata:

“Kepada penyokong Manchester United, saya mahu membuat pengumuman yang saya akan berpindah secara tetap ke Chicago Fire.”

“Saya sangat berharap yang saya dapat melakukan lebih banyak untuk anda, tetapi masanya sudah tiba untuk saya menukar haluan.”

“Terima kasih atas sokongan luar biasa anda sepanjang saya di kelab ini, saya tidak akan lupakannya.”

“Menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjuarai Piala FA musim lalu, membuatkan saya rasa sangat bangga.”

Beliau juga percaya Mourinho akan membawa lebih banyak trofi ke Manchester United selepas ini.

Tidak lupa beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama bermain dengan beliau.

Ini adalah ucapan beliau kepada penyokong Manchester United.

Baca juga: Bastian Schweinsteiger Menyemarakkan Kembali Api Karier Bersama Chicago Fire

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN