VIDEO: Tonton Kesemua 10 Calon ‘Golazo’ Terbaik UEFA Bagi Musim 2020/2021

Gol Terbaik UEFA

Musim 2020/2021 menyaksikan pelbagai jaringan menarik yang terhasil dalam saingan bola sepak Eropah.

Ianya termasuklah ketika saingan UEFA Champions League (UCL), Europa League (UEL), Euro 2020 dan juga saingan wanita, futsal dan peringkat umur.

Oleh itu, pihak UEFA telah mengeluarkan senarai 10 gol terbaik musim ini merentasi pelbagai kejohanan.

Daripada 10 jaringan tersebut terdapat beberapa jaringan yang begitu diingati penyokong bola sepak musim ini.

Antaranya adalah gol jaringan Patrick Shick dari tengah padang untuk Republik Czech ketika menentang Scotland dalam aksi peringkat kumpulan Euro 2020 di Hampden Park.

Selain itu juga jaringan Lorenzo Insigne yang menggunakan teknik finesse shot yang Dicukup mantap ketika menentang Belgium turut memasuki senarai.

Di luar saingan Euro 2020, jaringan sepakan gunting dari Dele Alli untuk Tottenham Hotspur dalam saingan UEL juga berjaya memasuki senarai akhir.

Manakala jaringan Sarah Zadrazil untuk Bayern Munich ketika menentang Chelsea adalah satu-satunya jaringan dari pemain wanita yang berjaya memasuki senarai.

Berikut merupakan senarai penuh 10 calon gol terbaik UEFA musim ini. Anda boleh tonton kesemua 10 gol di video yang kami sediakan:

  1. Mehdi Tarimi (Chelsea lawan PORTO)
  2. Patrik Shick (Scotland lawan REPULIK CZECH)
  3. Kemar Roofe (Standard Liege lawan THE RANGERS)
  4. Florian Wirtz (JERMAN B-21 lawan Belanda B-21)
  5. Dele Alli (TOTTENHAM HOTSPUR lawan Wolfsberger)
  6. Lorenzo Insigne (Belgium lawan ITALI)
  7. Paul Pogba (PERANCIS lawan Switzerland)
  8. Sarah Zadrazil (Chelsea lawan Bayern Munich)
  9. Ferrao (BARCELONA lawan Dobovec)
  10. Paulinho (SC BRAGA lawan Leicester City)

Menarik bukan kesemua gol tersebut? Anda boleh undi gol kegemaran dengan mengundi di sini:

Baca juga artikel kami yang lain:

Cristiano Ronaldo Sanggup Potong Gaji Untuk Kekal Di Juventus

Kebenaran Buat Siaran Langsung Sendiri Beri ‘Nyawa’ Kepada Pasukan Liga Premier

Jersi Hijau Bakal Diharamkan Di Serie A, Tetapi Kenapa?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN