Pemilik kelab JDT dan juga Pengerusi Malaysia Football League, Tunku Mahkota Johor sememangnya dikenali dengan sikap murah hati baginda. Sudah banyak sumbangan peribadi baginda kepada rakyat jelata.
Baginda antara watak yang sentiasa menjadi perhatian media terutama sekali peminat bola sepak tempatan.
Sebentar tadi, baginda dan isteri telah beramah mesra dengan pengunjung di AEON Tebrau secara spontan. Dengan kesempatan yang ada, bagidan memberikan sedikit peringatan kepada rakyat Johor:
“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi, tetapi saya ikhlas menyayangi rakya saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor. Saya di pihak Johor.”
Baginda kemudian bermurah hati untuk belanja pengunjung di AEON Tebrau untuk membeli keperluan harian.
“Apa sahaja yang anda mahukan daripada ‘super market’ hari ini adalah di bawah tanggungan saya.”
Setiap orang dilaporkan dibelanja oleh TMJ RM3,000.00 untuk membeli barangan, apa sahaja yang mereka mahu.
Sumber The Star melaporkan, jumlah keseluruhan yang ditanggung baginda adalah lebih RM1 juta. Bertuahlah sesiapa yang ada rezeki berada di AEON Tebrau tadi.