VIDEO: Tite Bengang Dikaitkan Dengan Jawatan Pengurus Real Madrid

Tite menegaskan bahawa fokus beliau sekarang hanyalah untuk mengemudi cabaran Selecao di Piala Dunia, sekaligus menafikan sebarang tawaran daripada gergasi La Liga, Real Madrid.

Jawatan pengurus di Estadio Santiago Bernabeu menjadi kosong selepas Zinedine Zidane mengumumkan pengunduran beliau selepas membantu Los Blancos menjuarai kejuaraan UEFA Champions League (UCL) selama tiga musim berturut-turut.

(Photo by JOE KLAMAR / AFP) (Photo credit should read JOE KLAMAR/AFP/Getty Images)

Kontrak Tite bersama Brazil akan tamat selepas kejohanan Piala Dunia di Rusia. Jurulatih berusia 57 tahun itu menegaskan beliau akan menunggu sehingga kejohanan tersebut tamat, sebelum membuat keputusan mengenai hala tuju selepas itu.

Akhbar di Brazil, O Globo melaporkan Tite berada di dalam senarai oleh Real Madrid sebagai pengganti Zidane. Salah satu sebab utamanya ialah kerana hubungan baik Tite dengan Neymar.

Namun dalam sidang media skuad Brazil, Tite kelihatan marah dan menafikan spekulasi mengenai masa hadapan beliau sambil menegaskan tumpan kini hanya terarah kepada cabaran Brazil di Rusia.

(Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

“Jika ia adalah satu pendapat, maka ia seharusnya dihormati oleh saya. Jika ia adalah satu kenyataan, maka ia adalah penipuan dan penuh dengan sikap pembohongan.”

“Itulah kenyataan dari saya mengenai hal ini,” ujar Tite dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Brazil dan Austria.

“Saya tidak berhubungan dengan sesiapa mengenai perkara ini. Begitu juga sahabat saya Gilmar Veloz [ejen kepada Tite], tidak berunding dengan sesiapa.”

“Saya hormat di mana sayang berada pada hari ini. Saya sedar akan tanggungjawab dan sasaran yang perlu dicapai di sini,” jelas beliau lagi.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Neymar turut berada di dalam senarai kesebelasan utama yang akan berhadapan dengan Austria pada jam 10 malam [waktu Malaysia] ini.

Ia adalah pertama kali bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu memulakan pelawanan sejak kecederaan yang dialaminya pada Februari lalu.

Anda boleh menyaksikan bagaimana Tite memberi respon kepada wartawan di dalam video di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN