VIDEO: Situasi Tegang Pemain PKNP FC & JDT Selepas Tamat Perlawanan

Salah satu perlawanan di minggu ke-16 Liga Super Malaysia (2019) yang berlangsung pada hujung minggu ini ialah perlawanan membabitkan PKNP FC dan juga JDT.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Perlawanan tersebut boleh dianggap sebagai kompetitif, dengan beberapa situasi lain seperti kegagalan Gonzalo Cabrera memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-56 perlawanan, dan kegagalan PKNP FC memanfaatkan kelebihan menentang JDT yang beraksi dengan 10 pemain selepas Afiq Fazail dilayangkan kad merah kerana kekasaran.

Perlawanan juga boleh disimpulkan berlangsung dalam keadaan agak fizikal daripada kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

Keputusan perlawanan berakhir 1-1 selepas Ramon Da Silva membatalkan pendahuluan awal oleh Diogo pada minit ke-5 perlawanan.

Sedikit kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan di tepi padang selepas tamat perlawanan, namun berjaya dileraikan pengadil serta pengurusan kedua-dua pasukan.

Video di bawah adalah perkongsian daripada salah seorang pembaca kami, yang diambil daripada laman Instagram @penyokong_perak-tbg.

 

View this post on Instagram

 

Follow ig baru ?@semuanya_peraktbg |.. . Suasana sedikit tegang diantara pknp vs jdt selepas habis game td.. Ape2 pn keadaan semua terkawal okay… Selamat malam semua… ??? .. . @officialstudiol7_msl @malayantiger.my @amn_studiomsl @kakirembat_artwork @garisangol.my @pknpfc @sukanperak @thebosgaurus_pdr @selamanyabosgaurus @perakthebosgaurus @semuanya_jdt @johordtfc @johordt.fc .. #FAM #HarimauMalaya #semuanya_peraktbg #penyokong_perak_tbg #shalalala #pknp #perak #ipoh #perakfa #peraktbg #thebosgaurus #KejorrYobSkorr #kejoryobkejor #kejorakubersatu #pialafa #ligasupermalaysia #shopee #malaysia #malay #malaysian #paidreviewig #paidpromotemurah #paidreviewmurah #paidpromote #paidreviewrm10 #paidreview #paidreviewmalaysia #paid #iklanolshopmurah

A post shared by Penyokong Perak The Bos Gaurus (@penyokong_perak_tbg) on

Tidak dapat dipastikan punca kejadian. Namun pujian harus diberikan kepada pengurusan kedua-dua pasukan kerana berusaha meleraikan situasi tegang tersebut. Sebagai pemain profesional, pemain kedua-dua pasukan juga harus lebih bijak mengawal perasaan masing-masing ketika berhadapan situasi sebegini.

Tidak dapat dipastikan sekiranya insiden tersebut akan dibawa untuk perhatian Jawatankuasa Status FAM yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN