VIDEO: Saksikan Dato’ Siti Nurhaliza Beri Semangat Dengan Chant ‘Ekor’ Harimau Malaya

Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018, membabitkan pasukan negara kendalian Tan Cheng Hoe menentang Vietnam.

Lebih daripada 80,000 penyokong pasukan negara dijangka akan berkampung di Stadium Nasional Bukit Jalil – yang mula dibanjiri penyokong sejak tengah hari tadi untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Kali terakhir pasukan negara layak ke perlawanan akhir kejohanan yang sama ialah pada edisi 2014. Ini adalah kali keempat pasukan negara berjaya mara ke final – setelah turut pernah bergelar juara kejohanan serantau pada edisi 2010.

Sukan kegemaran rakyat Malaysia

Ketika perlawanan menentang Laos di peringkat kumpulan, dianggarkan 12,000 penyokong hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan.

Jumlah penyokong yang hadir terus meningkat selepas itu, dengan tiket perlawanan menentang Myanmar, dan Thailand di separuh akhir turut habis terjual.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Untuk perlawanan akhir menentang Vietnam, tiket perlawanan menjadi tumpuan seluruh peminat sukan bola sepak – habis terjual bagaikan pisang goreng panas hanya dalam tempoh beberapa jam selepas dibuka secara atas talian dan penjualan secara fizikal.

Ini membuktikan bahang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 ini semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia dari segenap lapiasan masyarakat – tanpa mengenal status, pangkat, warna kulit dan pegangan agama.

Zahir sokongan

Antara yang menzahirkan sokongan kepada pasukan negara ialah Mufti Wilayah Persekutuan yang menzahirkan sokongan beliau kepada pasukan negara.


Tidak ketinggalan juga ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed yang meluangkan masa untuk berjumpa dengan barisan pemain pada Jumaat lalu untuk memberikan kata-kata semangat.

Begitu juga dengan golongan selebriti seperti Lan Pet Pet yang kita ketahui sememangnya peminat pasukan Kedah dan negara. Perhatikan lagak mencuit hati dari beliau selepas pasukan negara berjaya menafikan Thailand di separuh akhir.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah Tahniah buat Pemain BolaSepak Harimau Malaya ??dan Penyokong. . Semoga Suzuki Cup milik kita ?? Berkat Selamat.

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet) on


Terbaru, seniwati terkenal negara, Dato’ Siti Nurhaliza turut melaungkan chant ‘Ekor’ Harimau Malaya yang menjadi siulan ramai dek akibat demam Piala AFF Suzuki 2018. Saksikan rangkuman perkongsian Siti Nurhaliza di bawah.


Buat pasukan Harimau Malaya, kami rakyat Malaysia, saya sendiri akan berdoa semoga Harimau Malaya menjadi juara. InshaAllah, yakin dan berusaha, kita pasti juara,” ujar Siti ketika memberi semangat kepada pemain-pemain negara di penghujung video tersebut.

Rumusan

Buat penyokong-penyokong pasukan negara, ayuh kita berikan sokongan kepada pasukan negara tanpa mengira di mana pun anda menyaksikan perlawanan tersebut.

Buat skuad Harimau Malaya, kami warga kerja Semuanya BOLA turut mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk perlawanan akhir pertama pada malam ini.

Ayuh, Harimau Malaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN