Penyerang PKNP FC yang menyertai Nakhon Ratchasima FC di Liga 1 Thailand akhirnya menjaringkan gol sulung peribadi, dan untuk pasukannya.
Gol oleh Sharel dijaringkan dalam pertandingan Thai League Cup 2018 dalam perlawanan peringkat suku akhir menentang Ranong United.
Penyerang berusia 23 tahun itu sebelum ini telah ditawarkan kontrak selama lima bulan sebagai pemain pinjaman kelab yang beraksi dalam saingan Thai League T1.
Sejak menyertai Nakhon pada awal Julai lalu, beliau telah beraksi di dalam enam perlawanan liga namun gagal menemui sentuhan penyudah.
A post shared by Nakhonratchasima FC (@nakhonratchasima_fc) on
Dalam perlawanan menentang pasukan dari Divisyen ke-3 Thailand itu, Shahrel yang memakai jersi No.9 turun sebagai pemain kesebelasan utama.
Beraksi di gelanggang sendiri, Nakhon Ratchasima FC mendahului pasukan pelawat pada minit ke-26 melalui jaringan Chanatphon Sikkhamondol.
Nakhon kemudiannya melebarkan pendahuluan apabila giliran penmain pertahanan import dari Korea Selatan, Lee Won-jae mencetak nama sebagai penjaring.
Shahrel Fikri akhirnya menamatkan kemarau gol beliau di Thailand apabila meletakkan Nakhon Ratchaima FC selesa 3-0 di hadapan pada minit ke-73 perlawanan, sebelum pasukan pelawat menjaringkan satu gol sagu hati.
Saksikan jaringan Shahrel Fikri melalui pautan di bawah.