Quantcast

BERITA

Video: Sergio Ramos Terpaksa ke Tandas Semasa Perlawanan Masih Berlangsung

Kadangkala, ada keperluan sangat penting perlu ditunaikan sebagai manusia meskipun sedang menjalani tugas.

Itulah yang dialami oleh Sergio Ramos, kapten Real Madrid. Sergio terpaksa bergegas meninggalkan padang kerana ingin membuang air di tandas.

Semalam, Real Madrid bertandang ke Eibar dalam perlawanan La Liga.

Sebelum itu, beliau telah mendapatkan kebenaran pengadil perlawanan, Jose Luis Munuera Montero. Setelah dibenarkan ia terus ke bilik persalinan perlawanan.

Macam ala-ala murid hendak ke tandas!

Melucukan

Sergio mula meninggalkan padang ketika minit ke-73. 5 minit kemudian beliau kembali semula.

Namun, pengurusan kelabnya tetap memantau apa yang berlaku kepada Sergio. Salah seorang pegawai kelab, memasuki bilik persalinan untuk memastikan Sergio ada.

Manalah tahu, beliau melarikan diri atau membocorkan taktik!

Perlawanan berkesudahan Real Madrid menewaskan Eibar 1-2. Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84.

Gol pertama dalam perlawanan disumbangkan oleh Cristiano pada minit ke-34. 5 minit setelah separuh masa kedua bersambung, Ivan Ramis menjaringkan gol penyamaan Eibar.

Real Madrid kini menduduki tangga ke-3 carta La Liga. Mereka mengutip 57 mata setelah 28 perlawanan. Dibezakan 15 mata dengan Barcelona.

Gurauan

Setelah tamat perlawanan, Sergio Ramos sempat memuatnaik tweet mengenai kejadian lucu tersebut. Beliau merasakan terpaksa menyahut panggilan alam.

Zinedine Zidane ketawa apabila ditanyakan wartawan mengenai insiden tersebut.

Nampaknya FIFA terpaksa menjelaskan lebih lanjut peraturan sebegini. Ada kebaikannya supaya tiada salah faham berlaku.

Ya, manalah tahu ada juga ambil kesempatan sehingga memberikan kesan kepada keputusan perlawanan yang sedang berlangsung.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!