Dalam Piala Dunia 2018, England bermain dengan sistem bek bertiga dalam formasi asas 3-5-2. Ketika bertahan mereka akan membentuk 5-3-2.
Ketika menyerang England kerap membentuk 3-3-1-3 ataupun 3-2-3-2.
Satu pandangan video dari atas menunjukkan cara England mengekalkan jarak dan rantai formasi mereka ketika bertahan menentang Colombia.
Mereka mengenakan tekanan segera ke arah bola secara unit. Formasi defensif garisan rantai berlima dan tengah bertiga kelihatan dalam ruang yang diperbesar di beberapa posisi.
2 penyerang sentiasa berada di garisan tinggi untuk menekan pihak lawan dan bersedia untuk menyerang balas pada bila bila masa.
Anda saksikan di sini.
https://twitter.com/moltodinamico/status/1015136538634616832?s=19
Mereka menyukarkan akses Colombia ke zon pertahanan mereka.
Dalam Piala Dunia kali ini Gareth Southgate mengakui beliau menjadikan falsafah Guardiola dan Pochettino antara rujukan beliau.
England menang 4-3 dalam perlawanan ini menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 untuk 120 minit.
England kini berada di suku akhir dan akan berhadapan Sweden pada hari ini. Mereka dalam misi membawa pulang Piala Dunia yang mereka menangi pada 1966.