Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Sanusi Md Nor sememangnya dikenali dengan hobi bermain sukan.
Bukan sahaja bola sepak, malah Sanusi juga turut bermain pelbagai sukan seperti ragbi dan juga badminton.
Ketepikan ideologi politik beliau yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pembaca Semuanya BOLA, jom kita saksikan kualiti penyudah beliau yang cukup tenang di depan gol.
Disiarkan menerusi laman rasmi beliau, Sanusi menonjolkan kualiti penyudahnya di depan pintu gol yang cukup tenang ketika dalam sebuah perlawanan persahabatan.
Penyudah yang cukup tenang ditonjolkan beliau itu turut dihadiri dengan mesej untuk tidak bersikap perkauman terhadap sesiapa pun.
“Petang ni, kita main bola [perlawanan] persahabatan dengan Persatuan Bolasepak Cina Kedah.
“Mana ada rasis-rasis. S. Ragesh, Victor Andrag main pasukan saya. Terima kasih bekas pemain-pemain Kedah, terima kasih rakan-rakan Persatuan Bolasepak Cina Kedah,” tulis Sanusi.
Saksikan video kualiti penyudah yang dirakamkan dari belakang gol. Ada yang kata lagi handal dari Ronald Ngah Wanja tau.
Dan jangan lupa, jangan jadi perkauman!