Video: Saksikan Aksi ‘Ball-Playing Centre Back’ Cemerlang Yaroslav Rakitskiy Menentang Roma

Sebagaimana peranan penjaga gol yang berevolusi di era bola sepak moden, pemain bek tengah turut melalui perubahan yang sama.

Tugas asas seorang bek tengah ialah untuk melakukan tugas pertahanan di dalam pasukan. Malah bek tengah ialah tunjang kepada sistem pertahanan di dalam sesebuah pasukan bola sepak.

Di dalam bola sepak terdapat bek tengah yang bertugas untuk memastikan bola tidak berada di kawasan berbahaya. Mereka ditugaskan untuk mengawal penyerang lawan, sekiranya arahan taktikal diberikan ialah untuk melakukan man marking.

Adakalanya, seseorang pemain bek tengah hanya berada di kawasan zon mereka sahaja ketika fasa bertahan, demi memastikan lawan tidak mudah mengeksploitasi ruang di hadapan penjaga gol.

Namun bola sepak moden pada hari ini telah berubah. Bola sepak pada hari ini lebih berkisar kepada konsep taktikal seperti high pressing.

THIS PICTURE CAN ONLY BE USED WITHIN THE CONTEXT OF AN EDITORIAL FEATURE. NO WEBSITE/INTERNET USE UNLESS SITE IS REGISTERED WITH FOOTBALL ASSOCIATION PREMIER LEAGUE. Arsenal’s Sol Campbell in action for his new club with Tony Adams during the Pre-season friendly football match at Underhill Stadium, Barnet. (Photo by Sean Dempsey – PA Images/PA Images via Getty Images)

Bola sepak pada hari ini menuntut sistem pertahanan yang lebih berintensiti tinggi, sekaligus mengevolusi peranan dan kebolehan seorang pemain bek tengah.

Pada hari ini sistem man-to-man marking tidak dipraktikkan sekerap dahulu. Perubahan kepada konsep zonal defence, turut mengubah posisi seorang pemain tengah untuk berada di garis pertahanan yang lebih tinggi.

Ini melahirkan lebih ramai pemain bek tengah yang digelar ball-playing centre bek. Seorang ball-playing centre back akan merasa selesa dengan bola di kaki.

Di sini, tugasn mereka bukan sekadar untuk membaca gerakan lawan, merampas bola dan menghantar bola mudah kepada pemain tengah untuk mengembalikan serangan.

Ajax Amsterdam’s Franck Rijkaard. (Photo by Christian Liewig/TempSport/Corbis via Getty Images)

Seorang ball-playing centre back turut akan membantu pasukan di fasa serangan, melakukan hantaran penetratif kepada bahagian serangan, dan hantaran-hantaran jauh tepat untuk membuka ruang serangan.

Secara keseluruhan, seorang ball-playing centre back bukan sahaja menuntut tugas pertahanan, tetapi perlu mempunyai visi tinggi untuk menggerakkan unit serangan.

Jika pada era 1990an dahulu, Frank Rijkaard boleh dijadikan rujukan anda untuk pemain baka ini. Pada hari ini, kita boleh menyaksikan ramai pemain yang mempunyai kebolehan sebegini.

Pertahanan tengah Chelsea daripada Brazil, David Luiz.

Kebiasaannya, pasukan yang memiliki pemain dengan kebolehan ini cenderung untuk beraksi dengan sistem 3 bek pertahan, sekaligus beraksi dengan formasi 3-4-3, atau pun 3-5-2.

Musim lalu, David Luiz menampilkan prestasi cemerlang ketika membantu Chelsea muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea.

John Stone (Manchester City), Eric Bailly (Manchester United), Andreas Christensen (Chelsea) adalah contoh lain, jika EPL menjadi rujukan.

Kredit: ESPN FC

Di Liga Malaysia, Adam Nor Azlin (JDT), Aidil Zafuan (JDT), dan Ronny Harun (PJ Rangers) adalah contoh ball-playing centre back yang negara miliki.

Video di bawah memaparkan antara contoh aksi terbaik seorang ball-playing defender. Pemain yang dimaksudkan ialah Yaroslav Rakitskiy ketika membantu Shakhtar Donetsk menewaskan AS Roma 2-1 dalam perlawanan UEFA Champions League semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Rakitskiy sempat untuk menghasilkan satu bantuan gol untuk rakan sepasukan, Facunda Ferreyra untuk menjaringkan gol sulung perlawanan.

Jom saksikan video tersebut melalui pautan di atas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN