Video: Penghargaan Untuk Ryan Mason Yang Terpaksa Bersara Pada Usia Muda

Jika anda baru membaca berita ini, anda akan berkata, biar betul? Bukankah dia masih muda untuk bersara?

Ya! Memang dia masih muda, baru berusia 26 tahun. Beliau antara pemain muda yang cemerlang pada musim 2015/16 dan berjaya memecah masuk ke dalam pasukan kebangsaan England.

Beliau dikaitkan dengan banyak pasukan besar di Eropah kerana pembangunan bakat beliau yang sangat baik. Mason mengalami kecederaan ketika bertembung dengan Gary Cahill di Stamford Bridge pada April 2016.

Beliau terbaring dan dirawat di padang selama 9 minit dan dikejarkan ke hospital St. Mary di London. Tengkorak beliau retak.

Selepas sekian lama berehat, Ryan Mason dengan penuh harapan akan dapat kembali semula ke padang. Namun sayangnya, doktor menasihatkan beliau untuk bersara daripada bola sepak.

Ini kerana ianya terlalu bahaya untuk beliau dan boleh meragut nyawa beliau sekiranya strutkur tulang pada tengkorak beliau yang retak itu terkena impak kuat sekali lagi.

Beliau akhirnya akur dan memutuskan untuk bersara atas nasihat pakar perubatan. Gary Cahill ternyata sedih dengan berita itu.

Twitter beliau dipenuhi dengan ucapan selamat bersara daripada ramai pihak. Antaranya ucapan daripada Stoke City ini yang mengenang kembali gol cantik Mason ke gawang mereka.

Spurs turut mengucapkan selamat bersara kepada bekas pemain tengah mereka itu.

Mason memulakan karier dengan Spurs dan dipinjamkan ke Yeovil, Doncaster, Millwall dan Swindon sebelum menyertai Hull pada 2016 dengan nilai £12 juta.

Pengurus Spurs memberikan gambaran yang Ryan Mason mungkin akan kembali semula ke Spurs untuk menggalas tugas dalam pasukan kejurulatihan.

Jom saksikan video ringkas ini.

Selamat bersara dan selamat berjaya di fasa baru karier anda selepas ini Ryan Mason.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN