Upacara pengebumian Davide Astori telah diadakan pada sebelah petang tadi (waktu Malaysia), disaksikan oleh ribuan hadirin yang terdiri daripada pelbagai lapisan komuniti bola sepak di Itali.
Pemain pertahanan Fiorentina itu ditemui mati di bilik hotel penginapan pasukan pada pagi Ahad yang lalu, dan pemergiannya mengejutkan dunia bola sepak.
Astori dilaporkan bersama rakan sepasukan yang lain dalam persiapan untuk berhadapan Udinese. Mayat Astori kemudiannya dibawa balik ke Florence pada Rabu lalu, dan disimpan di Coverciano, tempat letaknya pusat FA Itali.
Upacara perkebumian mengambil tempat di sebuah gereja Basilica yang terletak di Santa Croce. Rakan sepasukan Astori do Fiorentina adalah antara mereka yang terawal tiba untuk upacara tersebut.
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, kapten pasukan Gianluigi Buffon, serta pemain pertahanan Giorgio Chiellini dan Andrea Barzagli turut dilihat di upacara Astori.
Kempat-empat mereka terus meninggalkan London selepas menewaskan Tottenham Hotspur di pusingan kalah mati UEFA Champions League (UCL).
Astori turut dikenang sebelum sepak mula perlawanan tersebut, dengan keseluruhan stadium mengambil masa satu minit untuk bertafakur.
Sebelum ini Allegri dipetik sebagai berkata:
“Ini adalah masa untuk berdiam. Ingatan kita harus diberikan kepada ahli keluarga terutama anak kecil yang baharu mahu mengenali ayahnya.”
“Davide [Astori] akan sentiasa bersama kami. Ia adalah perasaan yang mengecewakan.”
Buffon adalah antara pemain terawal yang memberi penghormatan melalui media sosial kepada Astori.
Rimarrai sempre qui #capitano.
Tra la tua gente.#Firenze #Astori #DA13 #Fiorentina pic.twitter.com/eKDC5ITgnv— Laura Hyeraci (@LauraHyeraci) 8 March 2018
Ribuan penyokong Fiorentina hadir membanjiri jalan raya di Florence dalam situasi yang penuh dengan emosi.
Rakan sepasukan antarabangsa Itali seperti Federico Bernardeschi dan Alessandro Florenzi turut hadir. Individu lain yang turut kelihata ialah Francesco Totti, Javier Zanetti dan juga Filippo Inzaghi.
Semua perlawanan Serie A Itali ditangguhkan pada hujung minggu lalu selepas pengumuman kematian Astori. La Viola dijangka kembali beraksi pada hujung minggu akan datang, dengan Benevento menjadi pasukan pertama yang perlu mereka hadapi tanpa kapten yang mereka sayangi, Davide Astori.