VIDEO: Real Madrid Perkenal Jersi Musim 2018/19, Mengimbau Nostalgia Lama

Real Madrid

Pasukan gergasi Sepanyol yang baru sahaja menikmati kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah kali ke-13, Real Madrid mengorak langkah bagi menghadapi musim 2018/19 dengan melancarkan jersi baharu mereka.

Jersi ‘home’

Warna putih yang menjadi tradisi buat Real Madrid telah digabungkan dengan warna hitam pada logo Adidas, penaja (Fly Emirates) dan tiga jalur Adidas di bahagian bahu.

Ia berbeza dari musim ini apabila ketiga-tiga elemen pada jersi ‘home’ kelab tersebut berwarna biru kehijauan.

Jersi musim baharu ini juga mengingatkan para peminat Real Madrid terhadap jersi yang dipakai pengurus mereka, Zinedine Zidane pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2001/02.

Kolar bulat disertakan dengan butang memperlihatkan unsur moden dalam reka bentuk klasik jersi ini.

Musim ini Real Madrid mengenakan jersi dengan kolar berbentuk ‘V’.

Jersi ‘away’

Sama seperti musim lalu, jersi away masih mengekalkan penggunaan warna gelap.

Warna ‘metallic’ dengan tona warna lebih lembut telah dipadankan pada tiga jalur Adidas di bahagian bahu.

Manakala, warna putih menjadi pilihan buat logo Adidas dan Fly Emirates.

Untuk jersi away ini, Adidas memilih untuk menggayakannya dengan kolar ‘V’.

Jersi penjaga gol

Perubahan maksimum pada jersi penjaga gol apabila buat pertama kali jersi tersebut dicipta dengan reka bentuk jalur mendatar bagi jersi home dan away.

Satu reka bentuk yang jauh berbeza dari keluaran terdahulu.

Jersi penjaga gol juga ringan dan selesa dipakai, sama seperti material yang digunakan oleh para pemain lain.

Foto: realmadrid.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN