Quantcast

BERITA

VIDEO: Ramsey Ucap Selamat Tinggal Kepada The Gunners Dengan Penuh Emosi

Aaron Ramsey diberikan peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Arsenal dalam majlis penuh emosi buat pemain tengah itu yang akan berhijrah ke Serie A pada musim panas ini.

Turut akan meninggalkan kelab tersebut ialah Danny Welbeck pada penghujung musim ini – setelah pihak kelab memutuskan tidak akan menawarkan kontrak baharu buat bekas penyerang Manchester United itu.

Ramsey akan menyertai Juventus selepas tamat musim ini setelah 11 tahun bersama Arsenal.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: An emotional Aaron Ramsey after the Premier League match between Arsenal FC and Brighton & Hove Albion at Emirates Stadium on May 05, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Danny Welbeck pula akan dilepaskan setelah lima tahun bersama kelab utara London itu.

Kedua-dua pemain mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong dalam majlis ringkas di Stadium Emirates selepas perlawanan menentang Brighton yang berakhir dengan keputusan seri selesai.

Ramsey emosi

Dalam majlis penuh emosi itu, Ramsey kelihatan menangis selepas menerima ‘guard of honour’ dari rakan sepasukannya ketika menuju ke padang.

Pemain berusia 28 yahun itu menyertai Arsenal dari Cardiff pada 2008, dan membantu The Gunners menjuarai tiga kejuaraan Piala FA. Beliau adalah penjaring gol kemenangan di perlawanan akhir Piala FA menentang Hull pada 2014, dan Chelsea pada 2017.

Pemain antarabangsa Wales itu sudah pun beraksi buat kali terakhir untuk Arsenal selepas mengalami kecederaan otot dalam perlawanan suku akhir menentang Napoli pada bulan lalu.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: A banner for Petr Cech and Aaron Ramsey saying Arsenal greats we will miss you during the Premier League match between Arsenal FC and Brighton & Hove Albion at Emirates Stadium on May 5, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Petr Cech turut diraikan

Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah penjaga gol veteran dari Republik Czech, Petr Cech.

Bekas penjaga gol Chelsea itu meninggalkan Stamford Bridge untuk ke Emirates pada 2015, dan telah tampil di dalam 110 perlawanan untuk Arsenal dalam semua pertandingan.

Beliau telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak sejak Januari lalu, dan mulai sukar mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama Unai Emery sejak ketibaan Bernd Leno pada musim panas lalu.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!