Video: Rakaman Drone, Bagaimana Napoli Berlatih Bertahan Secara Sistematik

Satu ‘footage’ berbentuk rakaman aksi Napoli ketika berlatih untuk bertahan. Sesi latihan yang dirakam adalah ketika sesi situasi ‘in-game’ .

Pemain berlatih dalam unit dan sistem yang telah diberitahu. Apa yang dapat diperhatikan adalah mereka berlatih untuk bertahan dalam sistem garisan pertahanan tinggi.

Ia adalah zonal marking dan akan turun ke bawah mengikut bola yang ‘menyerang’ mereka. Pada momen pemain lawan memiliki bola pula mereka akan cuba kekal dalam garisan pertahanan yang kompak.

Seorang pemain akan keluar daripada garisan untuk menghentikan ancaman bola dan 3 pemain lagi kekal dalam garisan.

Seterusnya mereka menukar arah punca ancaman daripada sudut lain iaitu dari sayap kanan,sayap kiri dan sebagainya.

Anda boleh saksikan di sini corak mereka berlatih.

https://www.youtube.com/watch?v=Rn2FROQAjc0&t=294s&ab_channel=PedroBou%C3%A7as

Apa yang boleh katakan anda mungkin tidak akan menyaksikan latihan sebegini di dalam padang latihan pasukan liga di negara kita. Pemain-pemain benar-benar dibekalkan arahan taktikal yang jelas dalam pelbagai situasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN