Video: Pogba, Materazzi, Balotelli Antara Yang Sahut Dele Alli Challenge, Nkodou Hancur

Dalam beberapa hari ini, Dele Alli Challenge ataupun Cabaran Dele Alli telah menjadi tular di internet terutama sekali di instagram dan twitter. Anda mungkin antara yang sudah menyahut cabaran itu.

Netizen dan figur awam menggunakan tanda pagar #DeleAlliChallenge.

Kegilaan terbaru ini bermula daripada pemunya nama, Dele Alli, pemain tengah Spurs dan England. Beliau meraikan gol ketika menentang Newcastle dengan gaya ini.

Selepas itu Alli mencabar rakan-rakan yang lain melakukannya dan ia merebak ke seluruh dunia.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino yang tengah ‘tension’ memikirkan isu masa depan beberapa pemain turut meluangkan masa melakukan cabaran ini.

Beliau memberitahu Alli sendiri mengiktiraf dia sebagai pakar kerana boleh buat dengan 2 tangan namun malangnya dalam sidang media, dia rasa bukan masa sesuai nak tunjukkan bakatnya.

https://youtu.be/RcEBXHWrDL4

Selain daripada bintang bola sepak, selebriti dan netizen turut menyahut cabaran itu. Walaupun ramai boleh melakukannya, ada juga yang tidak mampu melakukannya.

Ada yang mengambil masa untuk melakukannya. Ini adalah kompilasi beberapa pemain cuba melakukan cabaran ini termasuk Pogba, Lingard, Karius, Fred sehinggalah legenda Tim Cahill dan Marco Materazzi.

Paling kasihan adalah George Kevin Nkoudou yang sangat terseksa dengan cabaran ini. Saksikan.

Jika anda ada kesukaran melakukan cabaran Dele Alli, ini sedikit tutorial untuk anda:

Mungkin selepas ini Dele Alli akan menjadikan keraian ini sebagai harta intelek beliau seperti mana Jlingz milik Lingard, Mobot milik Mo Farah serta 11 of Hearts milik Bale.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN