[VIDEO]: Perlawanan Akhir Piala FA PBI Dihiasi Aksi Panas Kungfu Ala Cantona

Perlawanan akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) berlangsung di dalam keadaan panas sehingga dihiasi aksi terajang ala Cantona di kalangan pemain dua pasukan yang bertanding.

Perlawanan akhir Piala FA PBI musim 2021 itu berlangsung semalam di Stadium Ipoh, menemukan SUK Perak FC dan Dee Jay Arr FC A.

Perlawanan tersebut dipercayai berlaku dengan sengit, dan memihak kepada Dee Jay Arr FC A selepas berjaya menewaskan lawan mereka itu dengan jaringan 4-3.

26 buah pasukan mengambil bahagian di pertandingan Piala FA PBI 2021 yang bermula sejak November lalu untuk memberi ruang kepada bakat-bakat di sekitar Ipoh memperagakan kebolehan masing-masing.

Bagaimana pun pada hari ini tular sebuah video insiden panas yang berlaku ketika perlawanan. Tidak dapat dipastikan apakah puncanya.

Pemain daripada kedua-dua pasukan kelihatan berbalah dan mengerumuni satu sama lain dalam insiden tolak menolak, sebelum seorang pemain berjersi kuning (dipercayai daripada pasukan SUK Perak FC) melayangkan satu sepakan ala kungfu seperti yang pernah diperagakan legenda bola sepak Manchester United, Eric Cantona kepada seorang penyokong Crystal Palace.

Bezanya sepakan kali ini ditujukan kepada salah seorang pemain lawan. Berdasarkan rakaman, insiden tersebut berlaku pada minit ke-70 perlawanan.

Insiden memalukan sebegini sepatutnya tidak dibenarkan berlaku di dalam bola sepak. Apatah lagi di peringkat Liga Komuniti dan bola sepak akar umbi.

Kebiasaannya apa yang kita lihat berlaku di luar negara, tetapi kali ini ia seperti sudah merebak di kalangan pemain tempatan kita sendiri.

Bola sepak sepatutnya dijadikan medan untuk mengikat ukhwah dan persahabatan, bukannya tempat untuk melepaskan amarah dan menyemai perasaan benci – walaupun hakikatnya ia sebuah pertandingan.

Kita harapkan penganjur perlawanan dapat mengambil ikhtibar, melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemain yang terlibat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN