Sampdoria berjaya mencipta kejutan dalam saingan Serie A selepas berjaya menundukkan pasukan gergasi Itali, SS Napoli 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Luigi Ferraris.
Kemenangan itu juga diserikan dengan jaringan menarik gol ketiga perlawanan yang dihasilkan penyerang berpengalaman, Fabio Quagliarella pada ke-75.
Sampdoria yang dibimbing Marco Giampaolo hanya memerlukan 11 minit untuk membuka tirai jaringan selepas Gregoire Defrel meledakkan rembatan padu dari luar kotak penalti bagi menewaskan David Ospina di gawang Napoli.
Defrel terus melebarkan kedudukan pada babak pertama dengan jaringan kedua peribadinya pada minit ke-32.
Fabio Quagliarella melengkapkan malam gemilang buat Sampdoria dengan jaringan memukau untuk keputusan muktamad 3-0 memihak Sampdoria.