Quantcast

BERITA

VIDEO: Penyokong Persebaya Bakar Padang Dan Rosakkan Fasiliti Kerana Kecewa Pasukan Kalah

Semalam berlangsung aksi Liga 1 melibatkan Persebaya berhadapan dengan PSS Sleman.

Perlawanan berlangsung di Stadion Gelora Bung Tomo. Salah satu stadium yang memiliki kualiti fasiliti terbaik di Indonesia.

Dan ia merupakan calon venue untuk penganjuran Piala Dunia B-20 pada tahun 2021 nanti.

Pasukan tuan rumah, Persebaya tewas 2-3 dalam aksi tersebut. Dan para penyokong Persebaya yang digelar Bonek telah melepaskan marah mereka.

Bonek masuk ke dalam padang dan membuat kekecohan. Mereka kecewa dengan Persebaya yang sudah tewas dalam 6 perlawanan.

Sepanjang perlawanan ultras Persebaya ‘blackout’ dan tidak menyanyikan sebarang lagu semangat.

Namun dalam kedudukan 1-3, mereka mulai membakar suar dan mulai bertindak liar. Persebaya berjaya mendapatkan gol kedua sebelum wisel penamat.

Bonek sangat marah dengan kekalahan keenam berturut-turut Persebaya dalam Liga 1. Dan sudah 6 perlawanan mereka tak menang, 2 seri dan 4 kalah dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Ini juga kekalahan ketiga berturut-turut Persebaya dalam Liga 1.

Penyokong yang bertindak liar masuk ke dalam padang dan mengheret masuk papan dan permaidani merah. Dan mereka membakarnya di tengah padang sebagai manifestasi kemarahan.

Para pemain mulai panik untuk meninggalkan padang melihat keadaan seperti itu berlaku.

Selain daripada membakar karpet di tengah padang, mereka juga membakar papan-papan iklan di tepi padang.

Dilaporkan Stadion Gelora Bung Tomo mengalami kerosakan yang agak teruk. Kekacauan juga turut berlaku di luar stadium.