[VIDEO]: Penyokong Everton Gegar Hotel Penginapan Chelsea Jam Waktu Bersahur

Penyokong Everton dengan niat untuk menganggu tumpuan barisa pemain Chelsea telah meletupkan bunga api dan mercun di sekeliling hotel penginapan bekas juara eropah itu – menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada awal pagi tadi.

Taktik itu mungkin berkesan apabila skuad kendalian Frank Lampard berjaya menewaskan Chelsea yang dikendalikan Thomas Tuchel dengan jaringan 1-0, hasil gol tunggal Richarlison.

Everton berada di ambang jatuh daripada Liga Perdana Inggeris buat kali pertama apabila kelab Merseyside itu berada di kedudukan tiga terbawah, dan berada lima mata daripada zon selamat.

Menjadi tuan rumah kepada Chelsea – bekas kelab Frank Lampard – penyokong Everton melakukan apa yang mereka perlu lakukan untuk membantu Everton meraih mata di Goodison Park, iaitu dengan menganggu tidur lena barisan pemain Chelsea pada malam sebelum hari perlawanan.

Bunga api di luar hotel Chelsea

Penyokong Everton bertindak membakar bunga api di perkarangan Hotel Hilton, iaitu hotel tempat penginapan skuad Chelsea.

Terdapat laporan daripada pelanggan dan tetamu hotel bahawa tidur dan istirehat mereka terganggu akibat tindakan tersebut.

Percikan bunga api mulai kelihatan seawal jam 2:40 pagi, dan ia berterusan sehingga setengah jam kemudian. Ia ibarat mengejutkan barisan pemain Chelsea untuk bagun bersahur. Mereka lambat sehari nak raya.

Perkongsian di media sosial juga memaparkan video berdurasi 43 saat di mana Hotel Hilton disasarkan dengan letupan bunga api.

Mujurlah N’Golo Kante tak kalut ingat tiba-tiba Hari Raya. Kante juga tidak bergaduh mengenai pakaian raya sama ada nak pakai kurta atau baju Melayu. Dia orang Perancis tapi suka makanan Melayu seperti nasi lemak.

Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN