VIDEO: Pengadil Scotland Buat Hal Lagi, Tak Nampak Gol Yang Jelas ‘Gegar’ Jaring

VAR ataupun teknologi garisan gol antara 2 perkara yang sering disebut apabila ada kontroversi.

Namun dalam situasi gol di antara perlawanan Partick Thistle vs Greenock Morton dalam perlawanan Ladbroke Championship, gol ini bukanlah terlalu sukar untuk dinilai.

Pemain Thistle menjaringkan gol dan gawang siap bergegar. Mereka kemudian meraikannya.

Anda perhatikan penjaga garisan di hujung tu siap angkat bendera bila bola yang ditendang pemain Greenock keluar, dia cakap bola keluar daripada permainan dan tidak nampak itu adalah gol.

Pemain-pemain Greenock sendiri menunjukkan reaksi geram kena bolos dan mereka tahu itu adalah gol, tiada apa yang perlu dibantah.

Yang menariknya, pengadil meminta pandangan penjaga sama ada benda tu gol ke tak apabila melihat pemain Thistle meraikan gol.

Mereka mengambil sedikit masa untuk berbincang tentang ‘clear goal’ ini.

Pemain Partick Thistle kehairanan dan meminta penjelasan, kenapa tiada wisel gol?

Pengulas berkata kalau pun itu tidak gol mungkin sebab ada faul ataupun offside. Tak mustahil mungkin penalti untuk Thistle?

Selepas beberapa detik berbincang, pengadil menyatakan, selepas berbincang dengan penjaga garisan mereka mendapati, bola tak melepasi garisan dan lontaran ke dalam dilakukan.

Kalau faul atau ofsaid sudah pastinya restart play dilakukan di titik insiden.

Anda tengok sendiri video di bawah ini dan nilai sendiri:

Partick Thistle menang 1-0 dalam perlawanan tersebut. Dan bayangkan pasukan ini seri atau kalah, mungkin lebih panas kejadian ini.

Twitter Partick Thistle jelas masih kehairanan. Memang patut pun.

Pengadil di Scotland terus menjadi antara subjek kecaman penyokong mereka kerana kerap melakukan kontroversi budak sekolah.

Seorang peminat bola sepak Scotland di twitter menyatakan, ‘anda jangan sesekali tuduh pengadil rasuah, kerana kami di Scotland tahu mereka tidak rasuah tetapi memang mereka selalunya bengap’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN