Perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan Malaysia B-23 dan skuad UAE B-23 dicemari oleh aksi ganas pemain di penghunjung aksi.
Pertemuan di antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di Shah Alam sepatutnya menjadi medan terakhir kedua-dua pasukan untuk melakukan persiapan terakhir sebelum bermulanya acara bola sepak Sukan Asia di Jakarta-Palembang.
Kejadian berlaku di minit akhir perlawanan. Pemain No.8 UAE, Mohamed Khalfan Al Harasi sedang melakukan larian untuk melakukan serangan balas, ketika pengadil meniupkan wisel penamat.
Mungkin tidak senang dengan tindakan pemain pertahanan negara yang menghalang lariannya, dengan tidak semena-mena Khalfan Al Harasi memperagakan aksi kungfu terhadap Adib sehingga menyebabkan pemain itu tergolek di atas padang.
Tindakan pemain UAE itu turut mendapat reaksi balas dari pemain pasukan Malaysia. Keadaan diburukkan lagi apabila beberapa pemain UAE yang lain turut sama berkelakuan kasar.
Malah pegawai pasukan mereka turut dilihat cuba berkonfontrasi dengan pihak berkuasa yang cuba menenangkan keadaan.
Sepatutnya sebagai pegawai pengiring, tanpa mengira jawatan jurulatih atau pengurus, pegawai pasukan sepatutnya membantu menenangkan pemain-pemain di bawah seliaan mereka.
Keadaan huru-hara tersebut turut menyaksikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turun ke padang untuk menenangkan keadaan.
Sesungguhnya ini bukan apa yang mahu kita lihat di dalam bola sepak. Apatah lagi di dalam bola sepak peringkat Asia.
Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, sudah tentu kita mengharapkan AFC sebagai badan induk bola sepak Asia, menyelidiki insiden yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasukan UAE yang menimbulkan insiden yang ganas ini.
Malaysia menewaskan UAE 2-0 dalam perlawanan ini melalui jaringan Safawi Rasid di babak pertama perlawanan, sebelum Akhyar Rashid menambah derita UAE.
Kami kongsikan rakaman yang sempat dikongsi oleh salah seorang penonton.
UAE babi pic.twitter.com/pRZbgPF3LG
— Arjuna Hashim (@arjunahashim) August 10, 2018