[VIDEO]: Dua Pemain Indonesia Dihantar Pulang Selepas Peraga Aksi “Kungfu” & Ganas

Pengurusan kelab Liga 2 Indonesia, AHHA PS Pati bertindak menghantar pulang dua pemain dari latihan pusat di Jakarta, selepas bertindak memperagakan aksi tendangan ala “kungfu” dan ganas terhadap lawan.

Dalam perlawanan tersebut skuad Java Armu – nama jolokan AHHA PS Pati FC – menang 3-0. Tetapi di sebalik kemenangan tersebut, ada insiden buruk memalukan berlaku.

Tindakan oleh dua pemain AAHA PS Pati FC tersebut dianggap oleh kebanyakkan media di Indonesia tidak sepatutnya berlaku di dalam bola sepak.

Dua pemain tersebut, Syaiful Indra Cahya dan Zulzam Zamrun terlibat dalam insiden panas ketika perlawanan persahabatan menentang Persiraja Bada Aceh di Pancoran Soccer Field, Jakarta pda Isnin lalu.

Syaiful dipersalahkan atas dakwaan sengaja mencederakan pemain lawan dengan melayangkan kaki tinggi ke muka pemain lawan ketika perebutan bola.

Manakala kapten pasukan AHHA PS Pati, Zulham Zamrun dipersalahkan kerana menyepak dan bertumbuk dengan pemain Persiraja.

Kedua-dua pemain dilayangkan dengan kad merah dalam insiden berasingan dalam perlawanan yang sama itu.

https://www.instagram.com/p/CTgqfyFBQOr/?utm_source=ig_web_copy_link

Sehari selepas kejadian, pengurusan pasukan tidak teragak-agak menghantar pulang kedua-dua pemain dari latihan pra musim tersebut.

“Kami memulangkan Syaiful Indra Cahya dan Zulham Zamrun dari pemusatan latihan di Jakarta,” ujar Chief Operating Officer (COO) AHHA PS Pati FC, Divo Sashendra, melalui akaun Instagram rasmi AHHA PS Pati FC.

Pemain Persiraja Bada Aceh, Muhammad Nadhiif dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat insiden tendangan kungfu tersebut.

Pada ketika artikel ini ditulis, permohonan maaf dari AHHA PS Pati kepada pengurusan Persiraja atas apa yang telah berlaku telah dinyatakan melalui satu kenyataan di media sosial.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN