Video: Pemain Colombia, Edwin Cardona Ejek Mata Sepet Pemain Korea Selatan Ketika Kekalahan 1-2

Korea Selatan, pasukan ranking ke-62 dunia mengejutkan Colombia, pasukan ranking ke-13 dunia dengan kemenangan 2-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Suwon World Cup Stadium untuk memberi kemenangan pertama dalam 5 perlawanan kepada ketua jurulatih baru, Shin Tae-young.

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min menjaringkan kedua-dua gol Korea Selatan pada minit 11′ dan 61′ untuk memberikan negaranya kemenangan kedua dalam 9 perlawanan sepanjang 2017.

Tandukan Cristian Zapata hasil sepakan percuma James Rodriguez memberi Colombia gol pada minit ke-76. Bagaimanapun ia tak lebih dari sekadar gol saguhati buat pasukan Amerika Selatan itu dalam perlawanan yang menyaksikan dua pemain mereka terlibat dalam kontroversi yang memalukan.

https://www.youtube.com/watch?v=X3IkweSyZNA

James Rodriguez ‘berlakon’

Ketika pasukannya sedang ketinggalan 2-0, James Rodriguez bergelut dengan bek sisi Korea Selatan, Kim Jin-su ketika merebut untuk menanduk bola. Pergelutan tersebut membuatkan Jin-su terbaring hingga menyebabkan pengadil menyalahkan pemain Bayern Munich tersebut.

Melihat Jin-su masih terbaring, Rodriguez cuba membangunkan Jin-su dengan menarik jersinya. Kapten Korea Selatan, Ki Sung-yeung kemudiannya cuba mempertahankan Jin-su dengan bercakap kepada bintang Colombia ini.

Tetapi entah tidak semena-mena, Rodriguez tiba-tiba terbaring ke atas padang sambil menutup mukanya – seperti lagak baru ditembak penembak hendap (sniper).

Aksi lakonan Rodriguez ini mendapat kecaman oleh peminat bola sepak dunia di media sosial.

https://twitter.com/498a4969bcc54b0/status/929028096002490369

Jika anda rasa aksi Rodriguez ini sudah cukup memalukan, aksi Edwin Cardona malam tadi jauh lebih memalukan.

Cardona ejek mata sepet pemain Korea Selatan

Masih lagi berkisar tentang insiden antara James Rodriguez dan Kim Jin-su, pemain-pemain Korea Selatan dan Colombia kemudiannya masing-masing bertikam mulut sehingga terpaksa ditenangkan oleh pengadil.

Ketika itulah Edwin Cardona, pemain tengah yang kini bermain untuk Boca Juniors secara pinjaman, mengejek mata sepet pemain Korea Selatan.

https://youtu.be/ZA3h1eG05QI?t=44s

Tindakan Cardona yang dianggap sangat ofensif kepada orang Asia ini mendapat kecaman meluas di media sosial sehingga dilabel ‘rasis’.

Susulan insiden itu, Cardona tampil memohon maaf secara terbuka melalui akaun Twitter rasmi pasukan kebangsaan Colombia.

“Saya tak berniat untuk tidak menghormati sesiapa, mana-mana negara atau bangsa. Tetapi jika ada sesiapa yang tersinggung, saya mohon maaf,” kata Cardona. “Kami sangat berterima kasih kepada warga Korea Selatan. Korea Selatan adalah negara yang menakjubkan sejak hari pertama kami di sini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN