[Video]: Park Hang-seo ‘Tayang Body’ Main Ping Pong Hiburkan Pemain Vietnam

Bola sepak merupakan sukan yang cukup menghiburkan. Adakalanya ia juga menjadi sukan yang memberikan tekanan.

Mungkin itulah perkara yang sedang dihadapi oleh pasukan Vietnam di pertandingan Piala AFF Suzuki 2020 sekarang.

Umum mengetahui Vietnam merupakan salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFF di Singapura kali ini.

Skuad Naga Emas telah tampil sebagai salah sebuah gergasi Asia Tenggara sejak tibanya jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo pada 2017.

Di  bawah kendalian jurulatih berusia 64 tahun itu, Vietnam telah muncul naib juara Piala AFC B-23 pada 2018, selain turut meraih pingat gangsa Sukan Asia pada tahun yang sama. Dua tahun lalu, Park turut membantu pasukan itu memenangi pingat emas Sukan SEA di Manila, dan kini merupakan juara bertahan Piala AFF.

Kedudukan Kumpulan B

Berada di dalam Kumpulan B, Vietnam turut diundi bersama Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos. Kempen Vietnam di Singapura dimulakan dengan kemenangan 2-0 ke atas Laos.

Mereka kemudian dengan bersahaja menewaskan Malaysia 3-0 sebelum diikat tanpa jaringan oleh Vietnam.

Mengumpul 7 mata, Vietnam kini menduduki tangga kedua Kumpulan B, dipisahkan oleh Indonesia hanya dengan perbezaan jaringan.

Vietnam dijangka tidak berhadapan masalah menewaskan Kemboja dalam perlawanan terakhir. Tetapi sejak beberapa perlawanan lalu, Kemboja turut membuktikan mereka bukan lagi pasukan yang boleh ditewaskan dengan mudah.

Situasi ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kem Vietnam. Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dan pada masa yang sama Kemboja mampu melakukan kejutan sekurang-kurangnya mengikat Vietnam, maka skuad Naga Emas akan tersingkir daripada saingan Piala AFF edisi kali ini.

Vietnam juga memerlukan kemenangan besar ke atas Kemboja untuk memastikan mereka menjuarai Kumpulan B, sekali gus mengelak pertemuan dengan Thailand di separuh akhir.

Vietnam kurangkan stress

Vietnam mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stress pemain-pemainnya. Selepas beberapa hari di Singapura, kedutaan Vietnam di negara tersebut dilaporkan telah menghantar set meja ping pong ke hotel penginapan pasukan.

Dan Park Hang-seo turut tidak memberikan fokus latihan di atas padang latihan dan teori semata-mata. Aktiviti berpasukan lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan selain memupuk semangat kebersamaan ialah dengan bermain ping pong bersama-sama.

Lebih menghiburkan, Park Hang-seo turut tampil sendiri tanpa berbaju menampilkan skill bermain ping pong.

Berdasarkan video yang dikongsi ini, jelas pemain-pemain Vietnam kelihatan terhibur dengan gelagat jurulatih mereka itu yang selama ini dikenali dengan ketegasan dan disiplin ketika latihan dan perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN