Vietnam dengan mudah menewaskan Indonesia 3-0 di perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA untuk meraih pingar emas pertama negara tersebut dalam acara berkenaan.
Namun ini tidak bermakna perlawanan akhir tersebut tidak dihiasi dengan kontroversi apabila Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Ketika perlawanan, Park dilihat mengambil sedikit masa untuk meninggalkan kawasan teknikal selepas tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil.
Park Hang Seo the Superman of VIETNAM SOCCER.. I love u pic.twitter.com/qmoWx50nRt
— thonyREAL (@thonyREAL2) December 10, 2019
Walaupun terpaksa akur, ia tidak bermakna pengendali berusia 60 tahun dari Korea Selatan itu hanya akan duduk diam menunggu perlawanan masa sebenar tamat.
Semalam tular satu video menunjukkan jurulatih dari Korea Selatan itu cuba memasuki kembali Stadium Memorial Rizal, walaupun pada awalnya sudah menuju ke terowong stadium.
Bagaimanapun usaha beliau itu telah dihalang oleh pegawai perlawanan bertugas.
Tidak kurang, ada juga yang menjadikan reaksi Park sebagai bahan jenaka dan menganggap ianya melucukan.
Di sebalik episod ini, ia tidak menghalang pasukan kendalian Park dari muncul juara dengan mempertahankan tiga gol tanpa bolos yang dihasilkan ketika Park masih berada di kawasan teknikal pasukan.
Vietnam is winning Sea Games 23 in football (men and women) but those images of Park Hang Seo before he got red-carded in the final are so funny ? pic.twitter.com/JDA3Y9sQ9U
— Tr?ng (@CuteDumbBat) December 10, 2019
Tidak dapat dipastikan sama ada Park akan diambil tindakan susulan oleh AFC atau AFF atas tindakannya itu.
Kad merah bermakna Park tidak boleh berada di kawasan teknikal pada perlawanan seterusnya.
Namun bola sepak di Sukan SEA berada di bawah bidang kuasa badan penganjur berbeza.
Saksikan gelagat Park Hang Seo melalui video di bawah:
VIDEO độc quyền: HLV Park Hang Seo nổi cáu trong đường hầm
HLV Park Hang Seo nổi cáu với nhân viên của BTC trong đường hầm sau khi bị truất quyền chỉ đạo.
~V4Posted by Báo điện tử VOV on Tuesday, December 10, 2019