VIDEO: Nikmatilah ‘Gaya’ Diego Alonso Umumkan 26 Pemainnya Ke Qatar 2022

Diego Alonso Uruguay Piala Dunia 2022

Bergaya dan unik gaya penyampaian senarai 26 pemain Uruguay yang dipilih Diego Alonso yang bakal membawa cabaran mereka di Qatar 2022.

Ia memberikan kita satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila setiap pemain yang dipilih diperkenalkan bersama tempat asal mereka. Penuh inspirasi dan amat bermakna bagi pemain yang terpilih untuk mewakili salah satu daripada empat wakil Zon Amerika Selatan itu.

Uruguay merupakan wakil Amerika Selatan bersama Argentina, Brazil dan Ecuador. Mereka layak apabila menduduki tangga ke-3 pusingan kelayakan.

18 perlawanan berlangsung sepanjang pusingan kelayakan dan jurang mata antara pasukan di tangga ke-3 hingga ke-6 amatlah dekat. Kempen mereka bermula agak sukar apabila pengendali, Oscar Tabarez dipecat selepas mereka tewas kepada Bolivia – kekalahan ke-4 di pusingan kelayakan.

Maka, dikatakan berakhirlah era panjang pengendali tersebut yang telah berlangsung selama 15 tahun. Beliau adalah pemegang rekod pengendali paling lama mengendalikan sebuah negara – 224 perlawanan keseluruhan.

Sepanjang beliau membawa Uruguay, pengendali berusia 74 tahun tersebut telah berhasil memimpin mereka melayakkan diri ke tiga edisi Piala Dunia.

Tempat beliau telah diisi oleh bekas pemain yang baru sahaja kehilangan kerja, Diego Alonso yang diberikan tugasan berat untuk membawa mereka ke Piala Dunia 2022. Bekas penyerang Atletico Madrid itu meninggalkan kelab di Major League Soccer (MLS), Inter Miami pada Januari 2021.

https://twitter.com/99Matito/status/1486702637152100366

Impak kehadirannya memberikan mereka ‘tiket’ yang mereka idamkan. Mereka layak ke Piala Dunia buat kali ke-13 sepanjang penganjuran Piala Dunia dan kali ke-4 berturut-turut sejak edisi 2010 di Afrika Selatan.

Di Qatar, mereka telah diundi dalam Kumpulan H bersama Portugal, Ghana dan Korea Selatan. Kempen mereka bermula pada 24 November berdepan Korea Selatan, diikuti Portugal (28 November) dan Ghana (2 Disember).

Video yang dikongsi Twitter Uruguayan Football Association (AUF) itu telah meraih lebih 10,000 perkongsian dan lebih 14,000 ciapan semula ketika ini.

Titip perkongsian AUF, “Kami mengembara ke seluruh Uruguay dalam mencari ‘the chosen ones’ buat Diego Alonso untuk Piala Dunia di Qatar.

Antara yang berkongsi klip video itu adalah bekas pemain Harimau Malaya, Shahrom Kalam dengan titipan, “For the people, represent the people of the country. Naik bulu roma tengok squad announcement World Cup Uruguay ni.

Selamat menikmati klip video pengumuman 26 pemain Uruguay ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN