Antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial sejak seminggu yang lalu ialah mengenai video membabitkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menghadiri masjlis perkahwinan bekas kekasihnya. Video tersebut menjadi tular di TikTok.
Menurut kapsyen yang tertulis di video tersebut, Neymar dikatakan menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Bruna Marquezine, selepas janji akan menghadiri hari bahagia bekas kekasihnya itu walaupun sudah tidak lagi bersama.
Di sebalik video tersebut juga wujud konflik laporan dari media yang mengatakan majlis dihadiri Neymar itu bukannya majlis perkahwinan Marqueine. Sebaliknya ia adalah perkahwinan.
HITC.com melaporkan video tersebut tidak diambil pada konteks yang tepat. Neymar dan Marquezine dikatakan menghadiri perkahwinan salah seorang kenalan di mana bekas kekasihnya itu menjadi salah seorang pengapit kepada pengantin.
Benar atau tidak, cara Neymar memerhatikan Marquezine di dalam video itu telah menyentuh kalbu ramai pihak. Siapakah Bruna Marquezine yang amat didambakan oleh Neymar itu?
https://youtu.be/fYzAd2vhCSs
Siapa sebenarnya Bruna Marquezine?
Bruna Marquezine dilahirkan di Duque de Caixas, Rio de Janeiro – sebuah wilayah yang terletak kira-kira 400km dari kediaman keluarga Neymar.
Bakat Marquezine sebagai pelakon sememangnya telah menyerlah sejak usia muda dan mulai melakukan kemunculan di kaca televisyen sejak kanak-kanak.
Sebelum usianya mencecah 10 tahun, Marquezine telah pun muncul di dalam beberapa pementasan teater pupular di negaranya.
Ia termasuklah pementasan Mulheres Apaixonadas (Women in Love) dan juga America.
Marquezine juga tampil dalam banyak filem seperti Lost, Love Actually dan 300.
Selain merupakan seorang pelakon, gadis Brazil ini juga mempunyai bakat besar di dalam bidang modelling.
Maka tidak hairanlah beliau memiliki 27 juta pengikut dari seluruh dunia di laman Instagram.
Bagaimana Bruna Marquezine boleh berjumpa Neymar?
Kedua-duanya mulai keluar bersama selepas diperkenalkan oleh rakan di Karnival Rio pada 2012.
Kedua-duanya berpisah seketika pada 2013 namun kembali bersama sebelum Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil.
Selepas berpisah dan bersama kembali pada 2016, pasangan ini sejali lagi berpisah sebelum Neymar berhijrah ke Barcelona.
Bruna Marquezine and Neymar #wags #barcelone #neymar #brazil pic.twitter.com/3hdC0sZTUq
— Football WAGs' (@WagsAndFootball) July 19, 2014
Apakah punca perpisahan?
Akhirnya kedua-duanya berpisah terus pada Oktober 2018. Ada banyak sebab mengapa kedua-duanya sering bersama kembali dan kemudian berpisah banyak kali.
Semuanya berpunca daripada kes curang antara satu sama lain sehinggalah kerana haluan politik masing-masing.
Neymar dipercayai adalah pengundi dan penyokong parti bersayap kanan yang diterajui presiden Jair Bolsonaro. Bruno Marquezine pula adalah seorang penyokong yang amat vokal untuk kumpulan pembangkang Parti Pekerja.
Sadly, Bruna Marquezine and Neymar Jr have broken up again. She opened up about it last night at the Lis Blanc event: “It was his decision but there is still a lot of love and respect for what we have lived.”
We wish them the best on their own paths! pic.twitter.com/6EjXyxZV3s— best of bruna marquezine (@dailymarquezine) October 19, 2018
Dalam satu temuramah bersama Vogue, Bruna Marquezine pernah berkata:
“Hubungan kami sudah tamat. Ia adalah keputusan beliau. Saya meminya isu ini tidak dipanjangkan, kerana kebiasannya saya tidak bercakap mengenai hal peribadi.
“Saya amat menghormati dan menghargai beliau untuk apa yang telah kami lalui bersama.
#Neymar and Bruna Marquezine spotted at Six Flags Magic Mountain in California, on Thursday pic.twitter.com/B1pdmGMbN6
— Football Paparazzi (@FutbalPaparazzi) June 13, 2017
“Saya hanya mahu ia jelas sekarang, kerana kita semua sedang hidup dalam keadaan yang kritikal dan bahaya, masa di mana begitu banyak kebencian. Tetapi hubungan ini bukannya terputus disebabkan politik.”
Walaupun telah berpisah, kedua-duanya kekal sebagai sahabat baik dan Neymar dikatakan pernah berjanji akan menghadiri hari bahagia Marquezine jika bekas kekasihnya itu berkahwin.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Neymar:
Neymar Beri Jaminan Kekal Di PSG, Tak Minat Kembali Ke Barca
Rafael: Neymar Perlu Perbaiki Cara Tangani Masalah Luar Padang