VIDEO: Malaysia Belasah Brunei 8-0 Di Perlawanan Pertama Kejohanan AFF Bawah-15

Malaysia membuka tirai saingan Kumpulan B di Kejohanan AFF Bawah-15 dengan membelasah Brunei 8-0 petang semalam.

Penyerang negara Muhammad Harry Danish menghasilkan hatrik dalam perlawanan ini. Turut berada di dalam senarai penjaring adalah Zubaidi Mohd Buang yang menjaringkan dua gol.

Wan Muhammad Hakim, Muhammad Nabil Qayum dan Muhammad Alif Izwan kemudiannya masing-masing menjaringkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya anak buah P. Manian dalam perlawanan pertama.

Thailand dan Australia turut menang

Dua pasukan pilihan di kejohanan kali ini, Thailand dan Australia turut mencatat kemenangan menentang lawan masing-masing.

Tuan rumah, Thailand terlebih dahulu ketinggalan kepada jaringan awal Laos untuk pasukan muda Gajah Perang ketinggalan 1-0 di babak pertama perlawanan.

Namun Thailand kembali bangkit pada babak kedua untuk menjaringkan dua gol sekaligus mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 2-1.

Thailand adalah naib juara edisi tahun lalu, selepas ditewaskan oleh Indonesia di perlawanan akhir.

Australia pula kembali menyertai kejohanan ini selepas setahun dengan kemenangan 3-1 ke atas Kemboja di Stadium Kampus Chanburi.

The Joeys mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan sebelum skuad Angkor Warriors menjaringkan satu gol sagu hati di separuh masa kedua perlawanan.

Kali terakhir Australia beraksi di pertangdingan AFF Bawah-15 adalah pada edisi 2017, yang menyaksikan mereka ditewaskan oleh Vietnam dengan jaringan 2-0 di separuh akhir.

Perlawanan seterusnya

Kemenangan besar ke atas Brunei bermakna Malaysia menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan kelebihan jaringan.

Dua pasukan teratas akan terus mara ke separuh akhir.

Thailand akan berhadapan dengan Brunei, Malaysia menentang Kemboja, dan Australia pula akan diuji oleh Laos dalam pusingan seterusnya Kumpulan B pada 30 Julai.

VIDEO: Sport360

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN