Anfield semalam menyaksikan hero mereka Mohamed Salah diangurahkan kasut emas EPL 2017/18 dengan 32 gol liga. Rekod baru untuk jaringan semusim di EPL.
Jika Harry Kane gagal merampas kasut emas daripada Mohamed Salah, anak Mohamed Salah pula, Makka Mohamed berjaya ‘merampas’ detik istimewa ayahnya di Anfield.
Mohamed Salah meraikan detik istimewa itu dengan isteri dan anak beliau dalam hari terakhir musim ini di Anfield.
Makka yang kelihatan bermain dengan bola di tepi padang telah disorak dengan gembira oleh penyokong Liverpool setiap kali dia menendang bola. Makka kelihatan suka bermain bola sepak.
Ketika Mohamed Salah tidak mahu mengembalikan bola kepada Makka, penyokong Liverpool menge-boo si ayah. Salah ‘meminta maaf’ kerana mengganggu aksi anaknya.
Salah kemudian meninggalkan padang dan membiarkan Makka meneruskan aksi menghirbukan peminatnya. Saksikan beberapa rakaman video ringkas di sini:
I think you’ll love this video from the Anfield gantry. Mo Salah’s daughter stole the show. That moment when she realises that the entire crowd are cheering her! Then Daddy gets booed whilst holding his Golden Boot. Brilliant. 😂👏 #MoSalah #LFC pic.twitter.com/QhUkRqYhL5
— Arlo White (@arlowhite) May 13, 2018
https://twitter.com/Sennesation/status/995713289924603904
Announce Makka Salah! as LFC U-17 ladies captain. Better first touch than Lukaku, better close control than Harry Kane @LFC
Delightful, absolutely delightful?The Anfield Princess ?? pic.twitter.com/BEiHOZJncG— Salahmander [followback limited by ? bastards] (@nova_stine) May 13, 2018
Makka Mohamed berusia 4 tahun hasil perkahwinan Mohamed Salah dengan Maggi pada 2013. Nama Makka diambil daripada kota suci Mekah.