Video: Lionel Messi Catat Jaringan Ke-600 Peribadi Sekaligus Bantu Barcelona Tewaskan Atletico Madrid

Barcelona

Bintang Barcelona, Lionel Messi berjaya menghasilkan jaringan kemenangan ketika bertemu Atletico Madrid bagi menjarakkan jurang mata buat kedua-dua pasukan yang kini menghuni dua tangga teratas saingan La Liga.

Barcelona yang kini lapan mata dihadapan skuad bimbingan Diego Simeone itu seperti kebiasaan turun ke padang dengan corak permainan menarik dengan melancarkan siri serangan berbahaya bagi merobek gawang Atletico Madrid yang dikawal Jan Oblak.

Namun kecemerlangan Oblak dan ketumpulan penyudah berjaya mengelakkan Barcelona dari mencatatkan kemenangan yang lebih besar pada perlawanan ini.

Gol kemenangan sumbangan Messi itu hadir pada minit ke-26 menerusi satu sepakan percuma cantik yang gagal digapai Oblak di sebelah kiri pintu gol beliau.

Kemenangan 1-0 Barcelona di Nou Camp tersebut diserikan lagi apabila jaringan dari pemain antarabangsa Argentina itu adalah gol yang ke-600 dalam karier profesional beliau.

Dengan kemenangan ini meletakkan Barcelona terus selesa berbekalkan kelebihan lapan mata di hadapan Atletico Madrid dengan mencatatkan 69 mata setelah merakamkan 21 kemenangan dan enam keputusan seri.

Skuad The Blaugrana ini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan La Liga selepas mengharungi 27 perlawanan setakat ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN