[VIDEO]: Lihat Voli Padu Presiden Kedah FA Yang Gegarkan Tiang Gol PDRM

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bukan sahaja mencuri tumpuan kerana sifat kepimpinan beliau mengemudi Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor juga sebenarnya lincah dan merupakan seorang pemain penyerang yang amat berbahaya ketika beraksi di dalam padang.

Semangat dan cinta Sanusi yang juga merupakan Menteri Besar Kedah terhadap bola sepak sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Terbaru beliau bersama pasukan pasukan veteran MB Kedah beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad veteran PDRM sempena perlawanan akhir dan majlis perasmian penutupan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala Ketua Polis Kedah.

Kejohanan itu dipercayai diadakan sempena dengan sambutan Hari Polis ke-215 yang disambut pada 25 Mac yang lalu.

Dalam perlawanan persahabatan tersebut, pasukan veteran MB Kedah yang diwakili oleh Sanusi memakai jersi biru tua berjalur merah, manakala PDRM pula memakai jersi berwarna hitam dan kuning.

Dan dalam perlawanan itu, Sanusi membuktikan dirinya sememangnya seorang penyerang yang amat berbahaya sekiranya diberi peluang.

Salah satu ‘momen’ yang mencuri perhatian adalah rembatan voli dari jarak lebih kurang 45 meter yang dilakukan Sanusi yang berjaya menewaskan penjaga gol PDRM.

Namun nasib tidak menyebelahi Sanusi kerana tiang gol jelas mencemburui MB Kedah dan Presiden Kedah FA itu.

Rembatan voli padu daripada Sanusi yang menghasilkan ‘dipping-shot’ itu bagaimana pun sekadar mengegarkan tiang walaupun penjaga gol lawan sudah pun tertewas.

Sekurang-kurangnya percubaan oleh Sanusi itu menyebabkan penonton yang hadir teruja dan tidak kurang juga berjaya mecemaskan pengulas perlawanan.

Turut mencuri tumpuan ramai, sudah tentu ialah kasut yang dipakai oleh MB Kedah itu. Dipercayai daripada jenis Adidas Copa Mundial, hanya ‘otai’ yang mengenali nilai kasut bola sebegitu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN