Quantcast

BERITA

VIDEO: Lihat Semua Gol Liverpool Dalam Kempen Eropah Musim Lalu

Juara Eropah, Liverpool akan berhadapan dengan Chelsea (Juara Europa) dalam Piala Super Eropah 2019.

Perjalanan berliku Liverpool musim lalu diakhiri dengan kejuaraan di Madrid dengan kemenangan 2-0 ke atas Spurs.

Perlawanan yang paling diingati para peminat Liverpool pastinya malam Eropah di Anfield – separuh akhir kedua – menentang Barcelona.

Secara keseluruhannya, The Reds menjaringkan 20 gol dalam kempen Eropah mereka pada musim lalu. Penjaring terbanyak mereka ialah Mohamed Salah dengan 5 gol. Diikuti Sadio Mane dan Roberto Firmino dengan masing-masing 4 gol.

Sementara itu Trent Alexander-Arnold menjadi pencipta utama gol Liverpool dengan 4 bantuan gol musim lalu.

Jom kita imbas kembali kesemua gol Liverpool dalam kempen UCL pada musim lalu, daripada peringkat kumpulan sehinggalah gol kejuaraan UCL ke-6 kelab England itu.

Kongsikan dengan kami gol yang anda paling cantik dilakukan oleh Liverpool musim lalu dan gol mana yang paling anda bermakna.