Tottenham Hotspur dalam prestasi terbaik mereka untuk perlawanan ini selepas kemenangan 4-1 ke atas Liverpool sebelum ini.
Mereka mendahului 2 gol dalam masa 36 minit pertama. Gol pertama Spurs hadir seawal mini ke-5 menerusi Moussa Sissoko. Dan Delle Ali menjaringkan gol ke-2 pada mint ke-36.
Pastinya ramai menjangkakan Spurs akan terus menambah jaringan dalam perlawanan ini.
Kebangkitan 15 minit
Namun begitu, 35 minit terakhir perlawanan adalah cerita milik West Ham United terutama sekali Andrew Ayew. Ayew menjaringkan 2 gol dalam tempoh 5 minit. Gol pertama minit ke-55 dan gol ke-2 minit ke-60.
10 minit selepas itu Ogbonna memastikan West Ham di hadapan dan Spurs gagal membalas jaringan itu. Jadi, hanya dalam jarak 15 minit, West Ham menjaringkan 3 gol ke atas seteru sebandar mereka itu. Sekaligus menyingkirkan Spurs daripada persaingan Piala Carabao.
https://www.youtube.com/watch?v=SM5s-bUQy9o
Motivasi Mark Noble
Mark Noble kembali semula ke dalam pasukan dan beliau dikatakan meminta satu sesi khas untuk bercakap dengan semua pemain West Ham tentang aksi hambar mereka musim ini.
Noble memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakan beliau dalam sesi taklimat itu. Beliau berkata selepas perlawanan ini:
“Kami gagal untuk memberikan keadilan kepada diri sendiri. Kami harus membuktikan diri kami sebenar. Dalam sesi latihan saya minta kami semua menyarung jersi ini dengan bangga dan kami berjaya melakukannya hari ini.”
SCENES. pic.twitter.com/AZCuuDeK25
— West Ham United (@WestHam) October 25, 2017
Pochettino bengang!
Pochettino agak kecewa dengan keputusan ini kerana pemain-pemain beliau hilang fokus pada separuh masa kedua. Mereka seakan-akan sudah menjangkakan mereka sudah menang perlawanan ini.
Pochettino melakukan penggiliran pasukan kerana ada perlawanan besar menentang Manchester United pada hujung minggu ini.
Namun beliau bengang dengan karakter yang ditunjukkan pemain-pemain pada separuh masa kedua yang jauh berbeza dengan separuh masa pertama.