Branislav Ivanovic boleh dianggap nama besar dalam sejarah bola sepak Eropah terutama sekali Chelsea dan Serbia.
Semalam beliau menjaringkan 1 gol yang menarik. Ada yang menyatakan ia adalah gol ala PES 2018 ataupun FIFA 2018.
Dalam perlawanan menentang Bolivia, Ivanovic melakukan satu gol yang menarik hasil daripada pertukara 4 hantaran di udara melibatkan 3 tandukan dan 1 libasan gunting yang lebih kepada percubaan gol tersasar.
Namun Ivanovic memastikan pertukaran hantaran di udara itu disempurnakan dengan voli deras. Saksikan di sini:
Serbia menang 5-1 dalam perlawanan tersebut.
Tiki taka udara adalah istilah sarkastik yang pernah digunakan oleh beberapa penyokong Malaysia yang menyindir gaya permainan skuad Harimau Malaya yang gemar melambungkan bola ke sana-sini.
Sebelum perlawanan jurulatih ketika itu, Datuk Ong Kim Swee mahukan anak buahnya bermain ala Barcelona dengan tiki taka.
Malangnya dalam perlawanan sebenar menentang Macau pada Mac 2016, aktiviti melambung bola bermaharajela dan seri 0-0.
Namun untuk situasi Ivanovic di atas, ianya dilakukan dengan cantik dan tepat oleh pemain-pemain mereka.