Pemain pertahanan yang merupakan pemain termahal dalam sejarah AC Milan, Leonardo Bonucci dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Genoa.
Ia juga merupakan kad merah pertama Bonucci selepas 5 tahun. Bonucci menyiku Aleandro Rossi yang menyebabkan kepala pemain tersebut berdarah.
Pengadil menggunakan pengadilan VAR (Video Assistance Referee) untuk melihat semula insiden tersebut. Serie A mulai menggunakan teknologi VAR ini dalam liga mereka mulai musim ini.
VAR adalah merujuk kepada pengadilan menerusi tinjauan semula melalui video untuk insiden yang dirasakan pengadil perlu diadili semula kerana kurang jelas.
Setelah diamati, pengadil memutuskan untuk melayangkan kad merah terus kepada Bonucci.
Bonucci tidak berpuas hati dan mendakwa dia dan Rossi sedang dalam situasi persaingan fizikal.
https://twitter.com/ACMilanTalk1/status/922096922839736320
https://www.youtube.com/watch?v=hSVByKoeH6Y
Keputusan seri tanpa jaringan ini membuatkan AC Milan jatuh ke kelompok 10 terbawah dalam Serie A. Mereka berbelanja sekitar
£175 juta pada pra musim lalu.
Milan hanya mengutip 13 mata selepas 9 perlawanan. 12 mata dibezakan dengan pendahulu liga, Napoli.
AC Milan masih belum menang dalam 4 perlawanan terakhir Serie A mereka. Tewas 3 kali berturut-turut sebelum ini di tangan Sampdoria, Roma dan Inter. Keputusan seri ini adalah yang pertama untuk mereka musim ini.
Ia juga mata pertama mereka perolehi daripada 12 yang ditawarkan dalam 4 perlawanan terakhir. Milan akan berhadapan dengan Chievo selepas ini. Chievo berada dalam prestasi yang agak baik.
Sudah pastinya Milan perlukan aksi terbaik untuk menang perlawanan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=K1IiPiUJ5o8
Kedudukan semasa ini, AC Milan semakin sukar untuk bersaing dalam Serie A dan juga tempat ke Eropah. Montella kini berada di dalam tekanan.