Penggunaan VAR semakin diperluas di liga-liga Eropah. VAR adalah video pembantu pengadil yang akan meninjau semula beberapa insiden untuk memastikan keputusan pengadil tepat.
Antara keputusan yang sering ditinjau dengan VAR adalah sama ada gol itu bersih daripada kesalahan dan ofsaid. VAR juga digunakan untuk meninjau perkara yang melibatkan isu disiplin termasuk kesalahan untuk kad amaran.
Dalam perlawanan Liga Portugal di antara Boavista dan Aves, satu kejadian yang agak mengecewakan penyokong Boavista kerana mereka sendiri.
Pasukan pelawat, Boavista sudah ketinggalan 2 gol di belakang Aves. Dan pasukan mereka dibolosi dengan jaringan ke-3 yang dilakukan dalam keadaan ofsaid.
Vitor Gomez melakukan voli daripada kedudukan ofsaid namun penjaga garisan tidak dapat menangkap insiden itu. Lalu pemain-pemain Boavista meminta tinjauan semula dengan VAR.
Namun masalahnya adalah, pandangan VAR dihalang oleh bendera yang dikibarkan oleh penyokong pelawat sendiri. Ianya menghalang detik terbaik untuk meninjau semula insiden tersebut.
Lihat di bawah ini bagaimana bendera itu menghalang sudut rakaman kamera VAR.
Selepas gagal mendapatkan tinjauan yang jelas, pengadil VAR memberitahu mereka tidak dapat menyaksikan insiden itu.
Pengadil, Fabio Verissimo memutuskan untuk menggunakan keputusan pertama di mana penjaga garisan tidak dapat menangkap ofsaid tersebut dan memberikan gol ke-3 kepada Aves.
Saksikan insiden itu di sini:
var dihalang bendera from Ahmad Muzammil on Vimeo.
Bertabahlah.