Edinson Cavani menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan 90+3. Sekaligus menyelamatkan PSG daripada tewas di tangan Marseille.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Cavani penyelamat
Luis Gustavo meletakkan Marseille di hadapan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti. Neymar menyamakan kedudukan pada minit ke-30.
Florian Thauvin meletakkan Marseille di hadapan pada minit ke-78. Neymar dibuang padang selepas mengutip 2 kad kuning dalam tempoh 2 minit selepas itu.
Pada masa kecederaan, PSG memperoleh sepakan percuma dari luar kotak penalti dan ini yang dilakukan Cavani.
https://twitter.com/fantastachi/status/922206262426853376
Penulis sukan ini pula menyatakan: ‘Jika Dani Alves dan Neymar ada di dalam padang, Cavani tidak akan melakukan jaringan ini.”
If Dani Alves and Neymar was on the pitch, Cavani won't be scoring this… https://t.co/OczdFdF5AA
— Deji Faremi (@deejayfaremi) October 22, 2017
Perlawanan panas
Perlawanan yang digelar el clasico/Le Classique di Perancis ini sangat panas. Penyokong PSG dilarang untuk menghadiri perlawanan ini atas sebab-sebab keselamatan.
Beberapa penyokong Marseille ditahan polis selepas menimbulkan kekacauan di luar stadium sebelum sepak mula.
Neymar turut dibaling dengan objek ketika mengambil sepakan penjuru. Suar juga dibakar di dalam stadium oleh ultras Marseille.
Keputusan ini mengekalkan rekod tanpa kalah PSG dalam liga musim ini. Mereka mengutip 26 mata untuk berada di tangga teratas liga. Manakala Marseille kini berada di tangga ke-5, 8 mata di belakang PSG.
https://www.youtube.com/watch?v=jmajVjG9gVU