Ia sepatutnya malam di mana Manchester United terus meraikan kepulangan Cristiano Ronaldo bersama mereka.
Namun berbeza ketika The Red Devils cemerlang menewaskan Newcastle United 4-1 pada hujung minggu lalu, skrip di perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League pada musim ini jauh berbeza daripada apa yang United impikan.
Manchester United memulakan kempen UEFA Champions League apda musim ini di Bern, arena milik juara Switzerland, Young Boys.
Perlawanan ini juga menjadi penampilan pertama Ronaldo bersama Manchester United di dalam pertandingan ini sejak kali terakhir berbuat demikian di perlawanan akhir pertandingan tersebut menentang Barcelona pada 2009.
Bermula dari serangan dari sebelah kiri, bola hantaran cantik Bruno Fernandes melencong untuk Ronaldo mudah menewaskan penjaga gol Young Boys, David von Ballmoos.
Segala-galanya tampak seperti apa yang dirancang buat Ole Gunnar Solskjaer dan anak buahnya dalam perlawanan ini apabila mendahului seawal minit ke-13 melalui Ronaldo.
36 – Young Boys are the 36th different team Cristiano Ronaldo has scored against in the UEFA Champions League, with no player scoring against more (also Lionel Messi on 36). Collection. pic.twitter.com/xVk4EDZnnC
— OptaJoe (@OptaJoe) September 14, 2021
Ia adalah percubaan pertama dari Ronaldo, sekaligus menghasilkan gol pertama dalam perlawanan. Tetapi siapa sangka ia juga adalah salah satu percubaan tepat daripada dua yang dilakukan oleh Manchester United sepanjang perlawanan.
Percubaan kedua oleh Ronaldo juga pada babak pertama, namun rembatan kaki kirinya dari dalam kotak penalti berjaya ditampan keluar penjaga gol.
Manchester United had only two shots against Young Boys, both from Cristiano Ronaldo. pic.twitter.com/crBUNwXbsH
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) September 14, 2021
Tatkala keyakinan seperti milik United, arus dan momentum perlawanan berubah pada minit ke-35 perlawanan setelah pengadil melayangkan kad merah kepada Aaron Wan-Bissaka kerana tackle lambat dan memijak kaki lawan.
Bermain dengan 10 pemain, Solskjaer pantas mengeluarkan Jadon Sancho dan memasukkan Diogo Dalot untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan Wan-Bissaka. Kedudukan bagaimanapun kekal 0-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Babak kedua perlawanan menyaksikan dominasi penuh Young Boys yang melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang yang dikawal David de Gea.
🔎 | FOCUS
Nicolas Ngamaleu was Young Boys' main man in their 2:1 win over 10-man Manchester United:
👌 73 touches
⚽️ 1 goal
🥅 4 shots/1 on target
🔑 1 key pass
👟 32/38 accurate passes
💨 7/11 successful dribbles
⚔️ 14/23 duels won
❌ 5 tackles
📈 8.1 SofaScore rating#UCL pic.twitter.com/rYAJvatp7y— Sofascore (@SofascoreINT) September 14, 2021
Jaringan penyamaan yang dinanti-nantikan akhirnya tiba buat Youngs Boys apabila hantaran rendah Silvan Hefti berjaya disempurnakan oleh Nicolas Ngamaleu, walaupun dikawal oleh Raphael Varane.
Pada ketika ini, Young Boys menjadi semakin yakin mampu melakukan sesuatu tatkala Mancheser United pula seperti berharap mampu membawa pulang satu mata. Minit ke-70 menyaksikan Solskjaer mengeluarkan Ronaldo dan Fernandes untuk memberi laluan kepada jesse Lingard dan Nemanja Matic.
Tatkala perlawanan berbaki beberapa saat sahaja lagi, kecuaian Lingard menghantar bola ke belakang dipintas T. Jordan Siebarcheu yang kemudiannya mudah menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Young Boys.